Pelakon 'Mortal Kombat', 'Tekken' Cary-Hiroyuki Tagawa meninggal dunia

Cary-Hiroyuki Tagawa meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat komplikasi serangan strok. -Foto Amanz
CARY-Hiroyuki Tagawa, pelakon yang dikenali ramai kerana memegang watak ikonik Shang Tsung dalam filem Mortal Kombat, meninggal dunia pagi Khamis di usia 75 tahun.
Ringkasan AI
- Cary-Hiroyuki Tagawa, pelakon yang terkenal sebagai Shang Tsung dalam Mortal Kombat, meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat komplikasi serangan strok.
- Tagawa mula dikenali selepas muncul dalam filem The Last Emperor dan Showdown in Little Tokyo sebelum semakin popular sebagai Shang Tsung dalam filem Mortal Kombat pada 1995.
- Selain Mortal Kombat, beliau turut memegang watak dalam siri TV dan permainan video lain seperti Tekken, World of Warcraft, Soldier Boyz, dan Batman, serta terlibat dalam lebih daripada 144 projek sepanjang kerjayanya.
Tetapi wajah beliau semakin dikenali selepas membintangi filem aksi nyata Mortal Kombat pada tahun 1995.
Kerana lakonan beliau sebagai Shang Tsung sangat berkesan, beliau kembali membawakan watak sama dalam siri TV Mortal Kombat: Legacy dan Mortal Kombat X: Generations serta watak sama dalam permainan video Mortal Kombat 11, Mortal Kombat 11 Aftermath, dan Mortal Kombat 11 Ultimate.
Selain Shang Tsung, mendiang juga memegang watak Heihachi Mishima dalam dua filem aksi nyata Tekken, permainan video World of Warcraft: Legion, Soldier Boyz dan Batman: Rise of Sin Tzu.
Dalam kerjaya yang bermula pada tahun 1986, Cary-Hiroyuki Tagawa terlibat dalam 144 projek.
Bagi yang tidak begitu berminat dengan permainan video, wajah bengis beliau ketika melakonkan watak antagonis boleh dilihat juga dalam filem Big Trouble in Little China, The Last Emperor, Planet of the Apes, Memoirs of a Geisha, Pearl Harbor dan 47 Ronin. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah sebab kematian Cary-Hiroyuki Tagawa seperti yang dinyatakan oleh keluarga? A: Mendiang meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi serangan strok.
- Q: Apa filem yang membuatkan wajah Cary-Hiroyuki Tagawa semakin dikenali? A: Wajah beliau semakin dikenali selepas membintangi filem aksi nyata Mortal Kombat pada tahun 1995.
- Q: Berapa jumlah projek yang diambil bahagian oleh Cary-Hiroyuki Tagawa sepanjang kerjayanya? A: Cary-Hiroyuki Tagawa terlibat dalam 144 projek sepanjang kerjayanya.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

