awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon, pengarah antara tiga ditahan positif dadah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/10/2021
23:33 MYT
Pelakon, pengarah antara tiga ditahan positif dadah
Seorang pelakon berusia 29 tahun ditahan bersama-sama seorang pengarah dan penolong pengarah kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, pagi semalam. -Gambar hiasan
IPOH: Seorang pelakon berusia 29 tahun ditahan bersama-sama seorang pengarah dan penolong pengarah kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, pagi semalam.
Pengarah dan penolong pengarah itu dikatakan berusia 49 dan 47 tahun.
Difahamkan serbuan dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.
Hasil saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine
Difahamkan, ketika serbuan dibuat, kesemua mereka berada di dalam bilik yang berasingan.
Ketiga-ketiga mereka disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi pagi ini mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam.
Topic Berkaitan
#Dadah
#pelakon dan pengarah ditahan
#methamphetamine
#Tetra Hydrocannibol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan