MALAYSIA

Pelakon positif dadah: Polis lengkapkan kertas siasatan

Sinar Harian 04/02/2026 | 03:45 MYT
Menurut polis, kertas siasatan bagi kes ini telah lengkap dan pihaknya telah diminta untuk melengkapkan lagi siasatan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
SHAH ALAM: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes melibatkan seorang pelakon lelaki yang ditahan selepas dipercayai positif dadah baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya sedang menunggu beberapa arahan dari Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Kertas siasatan bagi kes ini telah lengkap dan kita telah diminta untuk melengkapkan lagi siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Suspek juga sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Media sebelum ini melaporkan suspek berusia lingkungan 40-an direman tiga hari di Mahkamah Shah Alam selepas ditahan Rabu lalu.

Difahamkan suspek direman untuk siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB berikutan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif dadah. - Sinar Harian





#Dadah #pelakon #Shazeli Kahar #Akta Dadah Berbahaya