NATIONAL
Pelakon tempatan, Sivakumar Jayabalan meninggal dunia

Sivakumar ditemukan maut bersama ibunya di sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Cheras, pada Jumaat. - Foto FB Sivakumar
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi terkenal tempatan, Sivakumar Jayabalan ditemukan maut bersama ibunya di sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Cheras, di sini pada Jumaat.
Ringkasan AI
- Pelakon dan penyanyi tempatan, Sivakumar Jayabalan, ditemukan maut bersama ibunya selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah kondominium di Desa Petaling, Cheras.
- Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu.
- Sivakumar dikenali melalui program nyanyian realiti Astro Paadal Thiran dan pernah menjadi pengacara di Astro Go Shop.
Aidil memberitahu, mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk proses bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran dengan segera bagi membantu siasatan.
Sivakumar mula mencipta nama menerusi program nyanyian realiti Astro Paadal Thiran pada tahun 2006 dan kemudiannya turut aktif sebagai pengacara termasuk di platform beli-belah Astro Go Shop.
Mendiang pernah mendirikan rumah tangga namun perkahwinan itu tidak berkekalan. Hasil perkahwinan tersebut, mendiang dikurniakan seorang anak lelaki.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami