SHAH ALAM: Pelakon yang disyaki menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh ditahan polis pada Sabtu bagi membantu siasatan kes itu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari ketika dia hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
"Pelakon itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Hussein berkata, setakat ini, polis sudah mengambil keterangan mangsa, dua saksi dan suspek.
"Polis kemungkinan akan memanggil semula mangsa untuk diambil keterangan lanjut hari ini," katanya.
Menurutnya, polis juga sudah mendapatkan laporan awal perubatan mangsa dan disahkan mangsa mengalami kecederaan di pipi.
"Kita akan mendapatkan perintah mahkamah sementara pada esok (Isnin), bertujuan menghalang suami daripada melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sementara siasatan dijalankan polis.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.
Pada Jumaat media melaporkan, isteri kepada pelakon lelaki itu membuat laporan polis mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata, awal pagi Khamis.
Sumber berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an itu membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 pagi, Khamis. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 05 2023

Pelakon itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari ketika dia hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.- Gambar hiasan

Jepun rancang benarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun peroleh pemastautin tetap
Jepun sedang menimbang untuk menyemak semula peraturan imigresennya bagi membenarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun memperoleh taraf pemastautin tetap.

Video wanita Malaysia hilang di Thailand mengatakan dia selamat dan sihat
Kelibat wanita dipercayai warga Malaysia yang dilaporkan hilang di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai dilihat muncul dalam tiga video, membuktikan dia berada dalam keadaan yang 'selamat dan sihat'.

Lawak melampau: Zambry kecam tindakan Jocelyn Chia
Video itu jelas menggambarkan sikap yang bertentangan dengan nilai ketimuran negara Asia yang terkenal dengan adab dan tatasusila.

Madah Iban 'Segulai Sejalai' jadi motto perpaduan Perdana Menteri
Perdana Menteri mahu menyelaraskan penggunaan slogan Segulai Sejalai di seluruh negara selari dengan usaha memperkasakan semangat perpaduan antara kaum.

DNA UMNO tetap perjuangkan Melayu, Islam, tidak akan kendur - Tok Mat
UMNO akan memperjuangkan Islam dan Melayu, dalam kerangka hubbul watan yang lebih sederhana, dan lebih menghargai kepelbagaian Malaysia.

Perlu ada perjanjian khusus bagi perolehan darurat KKM - Lukanisman
Ia bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan dan menyediakan peralatan yang mengikut piawaian.

Meskipun dibantah, Jepun tetap teruskan rancangan untuk lepaskan sisa nuklear ke laut
Rancangan itu telah mencetuskan bantahan kedutaan China di Tokyo selain daripada komuniti nelayan tempatan dan negara jiran.

Isteri halang saya naiki pesawat ujian SAF - Abang Johari
Abang Johari berkata isterinya berusaha memujuk agar beliau tidak meneruskan hasrat untuk mengikuti penerbangan ujian pesawat Airbus itu.

UMNO harus terima, hidup dengan kenyataan tewas dahsyat dalam PRU15 - Mohamad
UMNO juga tidak boleh berlagak seolah-olah parti itu keramat dan sangat kukuh sedangkan ditolak oleh rakyat Malaysia.

Gadis buta ini peroleh 'Golden Buzzer', tawan hati juri America's Got Talent
"Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy."

Pelakon tumbuk isteri ditahan polis
Pelakon yang disyaki menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh ditahan polis pada Sabtu bagi membantu siasatan kes itu.