awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Zahida Rafik gagal ketepi saman malu bekas pemandu peribadi

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2014
05:24 MYT
Pelakon Zahida Rafik gagal ketepi saman malu bekas pemandu peribadi
Zahida Rafik - Foto Twitter
Pelakon Zahida Rafik akan berhadapan dengan saman malu dari bekas pemandu peribadinya yang didakwa difitnah oleh pelakon itu sebagai seorang pencuri.
Portal berita, The Star Online melaporkan Mahkamah Tinggi pada hari ini menolak permohonan Zahida, 39 untuk membatalkan saman malu yang difailkan oleh bekas pemandu peribadinya itu, Noor Azman Azemi.
Hakim Hue Siew Kheng memerintahkan bahawa kes tersebut tidak sewenang-wenangnya dibatalkan dan menetapkan dua hari bermula 20 Oktober sebagai tarikh perbicaraan.
Mahkamah juga menolak permohonan Zahida untuk kekal dengan keputusan mahkamah dan memerintahkan beliau membayar RM3,500 sebagai kos selepas bertemu kedua-dua pihak di mahkamah semalam.
Peguam kepada Noor Azman, Latheefa Koya memberitahu pemberita bahawa kes tersebut bukanlah sesuatu yang “biasa” untuk sewenang-wenangnya dibatalkan.
Peguam Jeffrey John bertindak sebagai peguam kepada pelakon tersebut.
Dalam saman malu yang difailkan oleh Noor Azman pada 27 Nov tahun lalu, lelaki tersebut mendakwa Zahida telah menuduhnya melarikan wang yang telah diarahkan oleh pelakon itu untuk didepositkan ke akaun pelakon tersebut.
Dia mendakwa bahawa Zahida telah menfitnahnya dalam sebuah tabloid berbahasa Melayu berkenaan kehilangan wang berjumlah RM200,000 itu dan pada Mac 2012, Zahida dikatakan dengan niat buruk telah menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman.
Zahida yang dikenali menerusi filem Anak Mami dan pelbagai filem telah dengan salah memberi kenyataan berbaur fitnah dalam artikel yang disiarkan oleh sebuah tabloid pada 3 Mac lalu.
Noor Azman mendakwa bahawa kenyataan itu sedikit sebanyak telah menyebabkan masyarakat memandang serong terhadapnya.
Malah dia juga dilabel sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai, pencuri dan penjenayah dan menyebabkannya sukar untuk mendapatkan prospek pekerjaan .
Noor Azman kemudian telah direman polis selama empat hari selepas Zahida membuat laporan terhadap kehilangan wang tersebut.
Selain itu juga, dia turut memohon mahkamah supaya satu perintah injuksi dikenakan kepada Zahida dan agennya dari membuat sebarang kenyataan berbaur fitnah.
Topic Berkaitan
#bekas pemandu
#saman
#Zahid Rafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan