PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan peralihan daripada satu rangkaian borong kepada dwirangkaian dalam tempoh sebulan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil,
Fahmi berkata pengumuman itu akan dibuat selepas Jemaah Menteri menerima laporan daripada Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan 5G yang akan bermesyuarat Jumaat ini.
Beliau memaklumkan perkhidmatan rangkaian 5G telah berjaya mencapai 80.2 peratus kawasan berpenduduk (CoPA).
"Berkenaan 5G, saya sudah memaklumkan kepada Jemaah Menteri hari ini, setakat 31 Disember 2023 masuk ke 1 Januari 2024, pelaksanaan 5G sudah mencapai 80.2 peratus CoPA.
"Bermaksud kita sudah capai sasaran yang ditetapkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sewaktu pembentangan belanjawan pada Februari tahun lalu, iaitu mencapai 80 peratus CoPA menjelang hujung 2023," katanya pada sidang media pada Rabu.
Fahmi berkata, jika dwirangkaian sudah dilaksanakan, rangkaian kedua sudah boleh diwujudkan, namun perlu mematuhi syarat serta perkara dipersetujui pasukan petugas khas.
Bagaimanapun, beliau berkata, proses terbabit masih mengambil masa yang lama.
"Walau apa pun, saya sebagai Menteri Komunikasi berbangga dengan usaha Digital Nasional Berhad (DNB) terutama dalam bulan-bulan terakhir.
"Sekiranya kita ingat kembali, setakat 31 November 2023, CoPA seluruh negara pada kadar 76 peratus.
"Bermaksud pada Disember lalu, selepas ditandatangani perjanjian langganan saham (SSA), pegangan ekuiti oleh syarikat pengendali rangkaian mudah alih (MNO), pada bulan terakhir, hampir empat peratus atau lebih empat peratus sudah dicapai berbanding bulan sebelumnya," katanya.
Dalam sidang media itu juga Fahmi memaklumkan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Digital Nasional Bhd dan Cybersecurity Malaysia diletakkan di bawah Kementerian Digital manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kekal di bawah Kementerian Komunikasi.
Beliau juga memaklumkan, Kabinet memutuskan Jabatan Pengairan dan Saliran diletakkan di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.
Astro Awani
Wed Jan 10 2024

Fahmi berkata, setakat 31 November 2023, CoPA seluruh negara pada kadar 76 peratus. - Gambar Bernama

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.

Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.

Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: PDPR dilaksana di sekolah yang tak sempat dibaik pulih
Walaubagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sasaran pihaknya adalah agar semua murid dapat hadir ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka.

Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.

Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi
Lebih 60 peratus daripada lebih 15 juta pengundi yang layak telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih kerajaan tempatan pada Rabu lalu.

Langganan 5G di seluruh negara cecah 18.19 juta setakat suku keempat 2024 - Fahmi
Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.

DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.

Kementerian Komunikasi kenal pasti 67 kawasan perindustrian akan dilengkapi kemudahan 5G - Fahmi
Kementerian Komunikasi telah mengenal pasti 67 kawasan perindustrian di seluruh negara untuk dilengkapi dengan kemudahan internet 5G.

Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.

Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi
Tumpuan capaian perkhidmatan rangkaian 5G akan turut memberi fokus kepada kawasan yang boleh memberi manfaat maksimum seperti zon perindustrian.

Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A).

U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.

PM Anwar kesal kelewatan pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua
Kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua menyebabkan Perdana Menteri hilang sabar.

Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia
Kewujudan rangkaian 5G kedua, U Mobile Sdn Bhd mampu memberikan impak positif kepada pengguna dan sektor industri.