MALAYSIA
Pelaksanaan DRG ditangguh demi persediaan sistem lebih mantap - Dzulkefly
Dzulkefly menekankan kepentingan persiapan rapi, termasuk pengkodan tepat dan data lengkap daripada sektor awam dan swasta. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Penangguhan pelaksanaan sistem Kumpulan Berkaitan Diagnosis atau DRG dibuat bagi memperkukuh aspek sumber manusia, pembangunan kapasiti sistem, dan mitigasi data bersama sektor swasta.
Ringkasan AI
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menegaskan bahawa persiapan rapi amat penting bagi memastikan pelaksanaan DRG berjalan lancar.
"Persiapan rapi amat penting termasuk memastikan data lengkap, seragam dan pengkodan tepat,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Tan Kok Wai (PH-Bukit Bintang) di Dewan Rakyat di sini hari ini mengenai sama ada penangguhan itu akibat gesaan atau permintaan hospital swasta.
"Langkah ini bukan disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak, sebaliknya untuk memastikan sistem DRG dapat beroperasi dengan kompeten dan mencapai matlamat yang ditetapkan,” katanya.
Menyentuh mengenai inisiatif DRG, Dr Dzulkefly menegaskan bahawa ia merupakan kelompok inisiatif yang baharu dan mustahak.
Beliau menambah bahawa antara langkah penting adalah membangunkan capacity building (pembangunan kapasiti) dan memastikan data mencukupi, termasuk big data (data besar) daripada pengamal perubatan swasta.
“Apabila kerajaan melaksanakan inisiatif penting seperti ini, ia mesti dilakukan dengan persiapan rapi dan cermat, sambil mengurus kesan-kesan yang tidak baik supaya sistem benar-benar dapat menghasilkan value-based healthcare system (sistem kesihatan berasaskan nilai),” katanya lagi.
Pada Julai, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan akan melaksanakan DRG secara berperingkat pada akhir tahun ini.
Ringkasan AI
- Penangguhan pelaksanaan sistem DRG dibuat untuk memperkukuh sumber manusia, kapasiti sistem dan pengurusan data, bukan kerana tekanan daripada hospital swasta.
- Menteri Kesihatan tekankan kepentingan persiapan rapi, termasuk pengkodan tepat dan data lengkap daripada sektor awam dan swasta.
- DRG disasarkan membentuk sistem kesihatan berasaskan nilai (value-based healthcare) dan akan dilaksanakan secara berperingkat mulai akhir tahun ini.