KUALA LUMPUR: Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual yang dilancarkan Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.
Bagaimanapun, pakar berpendapat, keberkesanan garis panduan itu bergantung kepada sejauh mana ia dilaksanakan, selain kerjasama serta komitmen semua pihak termasuk pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti setempat.
Pakar Kriminologi Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) Universiti Utara Malaysia, Zalmizy Hussin berkata, garis panduan tersebut bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, menggalakkan kesedaran mengenai isu buli dan gangguan seksual, serta memberikan panduan kepada pihak berkuasa sekolah tentang cara menguruskan situasi berkaitan.
Justeru, beliau menekankan pentingnya pendekatan holistik dalam mengendalikan kedua-dua isu tersebut, termasuk pendidikan kesedaran, sokongan psikososial kepada mangsa dan pelaku, selain penguatkuasaan undang-undang.
"Penting untuk diingat bahawa garis panduan ini hanya berkesan jika ia dilaksanakan dengan baik dan diikuti dengan ketat.
"Jadi, sementara garis panduan adalah langkah yang penting, ia seharusnya menjadi sebahagian daripada pendekatan yang lebih luas dan komprehensif untuk mengatasi masalah ini," katanya kepada Bernama.
Pada 22 Sept lepas, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan garis panduan merangkumi pelbagai komponen itu akan diperincikan menerusi surat pekeliling KPM ke semua institusi pendidikan.
Katanya, kedua-dua garis panduan itu sangat penting untuk meneruskan sesi advokasi di semua peringkat, bagi memastikan adanya kesedaran, tanggungjawab dan sikap cakna tentang isu-isu berkaitan, agar ia dapat ditangani secara bersama.
Menurutnya, jawatankuasa yang merangka kedua-dua garis panduan in turut mengambil kira perubahan terkini termasuk mendefinisikan semula maksud buli siber serta cadangan program intervensi dalam pengurusan salah laku buli dan gangguan seksual.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad menyambut baik langkah berkenaan dan berharap garis panduan itu dapat diselaraskan di semua peringkat sebagai satu usaha pencegahan.
"Kita mengharapkan dengan adanya garis panduan ini, pembudayaan dan kepedulian kita kepada isu buli dan gangguan seksual akan lebih sensitif, lebih meningkat.
"Kita harap setiap pihak dapat lihat buli adalah suatu yang buruk dan gangguan seksual ialah satu jenayah yang harus dibanteras dan tidak patut jadi satu gejala yang kita kena hadapi lagi pada masa depan," katanya.
Anuar berkata, semua pihak juga perlu cakna dan memahami isi kandungan garis panduan itu dengan jelas, supaya sebarang perbuatan dan tingkah laku yang membawa ke arah risiko berlakunya buli dan gangguan seksual dapat dikekang lebih awal.
"Pada saya pencegahan adalah lebih baik daripada kita membenarkan perkara itu berlaku dan mengambil tindakan selepas perkara itu berlaku.
"Garis panduan ini pada saya adalah satu dokumen yang bertujuan untuk mencegah berlakunya gejala buli dan gangguan seksual di sekolah," tambahnya. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Pakar berpendapat keberkesanan garis panduan itu bergantung kepada sejauh mana ia dilaksanakan, selain kerjasama serta komitmen semua pihak termasuk pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti setempat. - Gambar Unsplash

40 tempat teduhan penunggang motosikal di lebuh raya berjaya dibina - Nanta
Sebanyak 40 tempat berteduh penunggang motosikal di sepanjang lebuh raya berjaya dibina dan disiapkan dalam tempoh lima bulan seperti disasarkan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Disember 2023]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Nursyazwani Saiful Sham
Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain
KKD akan jumpa Meta isu penipuan di aplikasi WhatsApp - Fahmi
Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
#AWANInews #AWANIpagi
Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain
KKD akan jumpa Meta isu penipuan di aplikasi WhatsApp - Fahmi
Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
#AWANInews #AWANIpagi

Malaysia raih tiga anugerah di Gourmand World Cookbook Awards 2023
Industri masakan Malaysia mencapai prestasi cemerlang apabila berjaya membawa pulang tiga anugerah daripada 11 pencalonan di anugerah buku, Gourmand World Cookbook Awards 2023.

'Look at my face...'
Kegusaran jelas terpancar pada wajah Pengerusi PBSM, Datuk Hans Isaac mengenangkan keadaan padang SNBJ yang diibarat seperti 'sehelai jeans lusuh.'

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.

Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual.

Kes buli MCKK: Laporan lengkap dari Hospital Kuala Kangsar diterima hari ini
Kertas siasatan kes tersebut akan dihantar semula kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu hadapan.

Elak dibuli, pemuda Afghanistan ceburi Muay Thai
Beberapa insiden yang dialami suatu ketika dahulu menjadikan Nawib tekad mempelajari Muay Thai bagi melindungi diri dan keluarga.

'Anak VIP atau VVVIP sekalipun, you touch you go' - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata pihaknya tidak akan menutup sebarang perilaku yang dilakukan pelajar termasuk anak-anak kenamaan.

Polis siasat kes pelajar dibuli senior di sekolah berasrama
Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian buli membabitkan pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar.

4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

KPM lancar garis panduan tangani kes buli, gangguan seksual
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan dua garis panduan penting dalam pengurusan isu salah laku khususnya berkaitan buli dan gangguan seksual.

Buat aduan buli secara terus di reruai KPM
Petugas di reruai akan menunjukkan cara untuk membuat aduan berkenaan kepada pengadu.

Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama
Kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya telah mengejek mangsa dan mengajaknya untuk berlawan dengan seorang lagi rakannya.