awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan JENDELA di landasan tepat, capai sasaran - Saifuddin

Bernama
Bernama
06/04/2021
20:17 MYT
Pelaksanaan JENDELA di landasan tepat, capai sasaran - Saifuddin
Saifuddin berkata menyedari kepentingan 5G untuk perkhidmatan komunikasi lebih pantas, pelaksanaannya telah dipercepatkan setahun lebih awal daripada sasaran asal. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah mencapai kesemua sasaran suku kedua Fasa 1 yang ditetapkan, dan ia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran-sasaran seterusnya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata Fasa 1 JENDELA telah bermula sejak enam bulan lepas dan akan berterusan sehingga akhir tahun 2022, dengan fokus diberikan kepada usaha memperluaskan akses jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit kepada 7.5 juta premis.
Tumpuan juga diberikan untuk memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8 peratus kepada 96.9 peratus di kawasan berpenduduk, mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps serta penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021 bagi tujuan pemantapan rangkaian 4G dan memperkukuh rangkaian asas bagi 5G.
"Saya menyambut baik perkembangan semasa pelaksanaan pelan JENDELA ini yang dijangka mampu memberi tahap pengalaman perkhidmatan jalur lebar lebih berkualiti kepada rakyat di seluruh negara," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu JENDELA untuk suku kedua Fasa 1 dan dimaklumkan mengenai pencapaian terkini pelaksanaan pelan JENDELA.
Saifuddin berkata menyedari kepentingan 5G untuk perkhidmatan komunikasi lebih pantas, pelaksanaannya telah dipercepatkan setahun lebih awal daripada sasaran asal iaitu penghujung tahun 2022 kepada suku keempat tahun 2021.
"JENDELA membawa aspirasi peningkatan liputan dan pengukuhan infrastruktur kesalinghubungan negara yang mampan dan inklusif.
"Perkembangan mengenai pencapaian semasa JENDELA akan diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam taklimat Laporan Suku Kedua JENDELA secara maya esok (7 April)," katanya.
Laporan itu antara lain merangkumi pencapaian terkini usaha bagi memastikan premis diliputi, pembinaan tapak baharu, naik taraf tapak sedia ada, serta sesi libat urus dengan kerajaan negeri berhubung pemakaian Garis Panduan Perancangan Infrastruktur Komunikasi (GPP-I) untuk penyediaan tanah bagi membina infrastruktur telekomunikasi di kawasan pembangunan baharu.
Saifuddin berkata sebagai langkah proaktif bagi memastikan agenda kesalinghubungan internet negara terus diperkasa, RM3.2 bilion daripada peruntukan RM12 bilion di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) akan dilaburkan tahun ini melalui JENDELA di kawasan yang bukan komersial bagi memantapkan kesalinghubungan sedia ada.
"Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan terus memantau perkembangan pelan ini secara menyeluruh bagi memastikan aspirasi JENDELA direalisasikan demi kesejahteraan rakyat, serta terus menyeru kepada semua kerajaan negeri untuk memberi keutamaan kepada pelan ini dalam usaha melicinkan pelaksanaan projek kesalinghubungan negara," katanya.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Ogos 2020 mengumumkan pelaksanaan JENDELA yang akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MCMC
#ekonomi
#JENDELA
#KKMM
#MyDigital
#5G
#jalur lebar
#talian tetap
#akses
#Saifuddin Abdullah
#liputan
#kelajuan
#komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan