awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan Levi Pelbagai Peringkat ditangguh hingga 1 Januari 2022

Bernama
Bernama
05/06/2021
04:53 MYT
Pelaksanaan Levi Pelbagai Peringkat ditangguh hingga 1 Januari 2022
Menurut Saravanan, keputusan itu mengambil kira cabaran negara yang kini berdepan krisis pandemik COVID-19 yang menjejaskan sektor kesihatan dan ekonomi. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pelaksanaan Levi Pelbagai Peringkat bagi penggajian pekerja warga asing ditangguhkan hingga 1 Januari 2022, umum Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan tersebut dibuat menerusi mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas.
Sebelum ini, Levi Pelbagai Peringkat ditangguhkan pelaksanaannya mulai 1 Januari 2021 hingga 1 Julai 2021.
"Keputusan ini mengambil kira cabaran negara ketika ini yang sedang berhadapan krisis pandemik COVID-19 yang menjejaskan sektor kesihatan dan ekonomi sekali gus memberikan impak besar kepada pelbagai industri," katanya.
Saravanan berkata apabila Levi Pelbagai Peringkat dilaksanakan kelak, penggajian pekerja warga asing adalah berdasarkan keperluan sebenar industri.
"Ia dijangka dapat mengurangkan kebergantungan tinggi negara terhadap pekerja warga asing kerana kadar levi akan meningkat mengikut siling kebergantungan," katanya.
Bagi melaksanakan levi tersebut, Saravanan berkata modul eQuota di bawah Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) akan digunakan.
Katanya, modul eQuota dapat memastikan ketelusan proses penentuan kelayakan kuota pekerja asing kepada majikan dan akan digunakan untuk pengambilan pekerja warga asing baharu dari negara sumber.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#levi
#levi pelbagai peringkat
#Penggajian
#Pekerja
#warga asing
#Menteri Sumber Manusia
#M Saravanan
#pandemik
#COVID-19
#kesihatan
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan