MALAYSIA
Pelaksanaan pendidikan karakter 2027 perlu dinilai semula - Anuar Ahmad
Anuar berkata, subjek pendidikan karakter wajar dinilai semula dari segi keberkesanan dan implikasinya kepada guru serta murid. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Cadangan pelaksanaan pendidikan pembentukan karakter selama 15 minit membabitkan empat sesi seminggu bermula 2027 menimbulkan beberapa persoalan dalam kalangan ibu bapa dan pendidik.
Demikian kata Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, yang menyifatkan program itu sebagai usaha baik, namun wajar dinilai semula dari segi keberkesanan dan implikasinya kepada guru serta murid.
Menurutnya, antara persoalan utama yang timbul ialah sama ada tempoh masa satu jam seminggu itu memadai untuk membentuk karakter murid secara konsisten.
Selain itu, Anuar turut mempersoalkan sama ada pengenalan program baharu ini memberi isyarat bahawa pelaksanaan pengajaran sedia ada seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Tasmik, pengajian Ulum Syariah, Bahasa Arab serta nilai murni merentas kurikulum tidak lagi mencukupi atau berkesan.
“Kita telah pun menerapkan nilai murni secara sistematik sejak tahun 1982, termasuk melalui Pendidikan Islam, Moral, kokurikulum, badan beruniform, SSDM, PBD, SUMUr dan pelbagai inisiatif lain. Mengapa tidak diperkemaskan dahulu apa yang telah sedia ada?
“Soalnya, mengapa perlu lagi program khusus 15 minit empat kali seminggu jika sistem sedia ada belum diperkukuhkan?” katanya.
Anuar turut menegaskan bahawa majoriti murid di negara ini mempunyai sahsiah dan tingkah laku yang baik, dan pendekatan pendidikan karakter tidak wajar dilaksanakan secara pukul rata sehingga membebankan guru serta mengganggu masa pengajaran.
Malah, beliau menyeru agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi keutamaan kepada usaha memperkukuh komunikasi, kerjasama dan penyelarasan antara sekolah dan ibu bapa dalam memantapkan sahsiah murid.
“Hanya segelintir murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Mereka inilah yang perlu dikenal pasti untuk dibantu dan dipulihkan. Tidak adil jika semua murid diwajibkan mengikuti program tambahan hanya kerana masalah segelintir,” ujarnya lagi.
Pada 6 November lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan mata pelajaran Alam dan Manusia yang akan diperkenalkan dalam Kurikulum Persekolahan 2027 menggabung jalinan pelbagai disiplin ilmu iaitu sains, pendidikan kesihatan, muzik, seni visual, TVET dan digital.
Menerusi hantaran di laman Facebook, KPM memaklumkan subjek yang akan diperkenalkan untuk murid tahap satu itu bakal menggantikan mata pelajaran Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik dalam kurikulum sedia ada selain dilaksanakan menerusi kaedah pengajaran berpasukan.