awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan minat belian baharu
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2025 berkuat kuasa hari ini

Bernama
Bernama
08/07/2025
15:30 MYT
Pelaksanaan Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2025 berkuat kuasa hari ini
Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata perwakilan kuasa itu ialah langkah proaktif dalam mendepani pelbagai isu di bawah bidang kuasa JAS dan agensi berkaitan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa kepada Jabatan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Perbadanan) 2025 yang diwartakan semalam berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan hari ini berkata perintah baharu itu merupakan penyatuan enam perintah sedia ada sebelum ini dan bertujuan memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan serta mempercepat tindakan di lapangan.
Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata perwakilan kuasa itu ialah langkah proaktif dalam mendepani pelbagai isu di bawah bidang kuasa JAS dan agensi berkaitan.
"Saya yakin bahawa perwakilan kuasa ini merupakan satu langkah proaktif dalam menangani pelbagai isu yang berada di bawah bidang kuasa jabatan serta agensi-agensi yang terlibat.
"Keberkesanan pendekatan ini dapat dilihat menerusi pelaksanaan dua siri Ops Hazard iaitu dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi, kita telah berjaya merampas e-sisa bernilai lebih RM66 juta," katanya.
JAS-PERWAKILAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Antara agensi yang diberikan kuasa di bawah perintah itu termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta beberapa pihak berkuasa tempatan dan perbadanan.
Perintah berkenaan juga akan disusuli dengan penyediaan garis panduan pelaksanaan dan latihan khusus kepada setiap agensi terlibat bagi memastikan pemahaman jelas terhadap tanggungjawab serta had kuasa masing-masing.
"Perwakilan kuasa ini bukan sahaja dapat menyokong pelaksanaan tugas yang lebih pantas dan menyeluruh, tetapi juga memastikan penggunaan sumber yang lebih efektif.
"Ia merupakan langkah strategik untuk menangani cabaran semasa, sambil mengekalkan integriti dan kepercayaan terhadap sistem pengawalseliaan alam sekitar negara," kata Wan Abdul Latiff.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perintah Kualiti Alam Sekeliling
#Jabatan Alam Sekitar
#JAS
#berkuat kuasa serta-merta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan