MALAYSIA
Pelaksanaan semula UPSR, PT3: Beri sedikit masa, kajian dijangka dibentang tahun ini - Fadhlina
Fadhlina bercakap pada sidang media pada Majlis Pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Regent Elmina di Shah Alam, hari ini. -- fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) memohon sedikit masa untuk menjalankan kajian menyeluruh berhubung cadangan pelaksanaan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kajian itu perlu dilakukan secara teliti bagi menilai pelaksanaan pentaksiran yang sudah dijalankan sejak sekian lama, termasuk keberkesanannya terhadap perkembangan murid secara holistik.
“Pentaksiran yang kita laksanakan selama ini sudah berjalan sekian lama dan mempunyai impak tersendiri kerana ia memberi tumpuan kepada pentaksiran secara holistik.
“Apa yang Kementerian mahu kaji adalah berdasarkan maklum balas dan permintaan ibu bapa, selain meneliti kesesuaiannya dengan dasar serta pelaksanaan pentaksiran yang sedang berjalan ketika ini.
“Sebab itu saya sebut tadi, beri kami sedikit masa. Kami akan memberikan penjelasan kepada masyarakat selepas kajian menyeluruh siap dilaksanakan dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau hari pertama pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent, Elmina, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Fadhlina menjangkakan kajian itu akan dilaksanakan dan dapat diselesaikan pada tahun ini juga dan dibentangkan secepat mungkin.
"Saya jangka tahun ini juga. Tahun ini, ya. Kita laksanakan pada tahun ini juga kajian tersebut dan kita akan bentang secepat mungkin," katanya.
Sebelum ini, KPM memaklumkan akan mengkaji semula sistem peperiksaan negara melibatkan UPSR dan PT3 susulan polemik dibangkitkan masyarakat yang mana Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan akan mendapatkan pandangan pakar pendidikan serta meneliti laporan dan data berkaitan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, masyarakat tidak perlu bimbang dengan cadangan pelaksanaan semula UPSR dan PT3 kerana peperiksaan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang telah lama menjadi amalan di sekolah.
Alimuddin berkata, sejak kecil murid sentiasa melalui ujian bulanan, pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan besar, justeru perkara itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan (KPM) memohon masa untuk menjalankan kajian menyeluruh berhubung pelaksanaan semula UPSR dan PT3, bagi menilai keberkesanan pentaksiran terhadap perkembangan murid secara holistik.
- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan bahawa kajian itu akan dilaksanakan dan diselesaikan pada tahun ini, sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan masyarakat.
- Bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom memberi jaminan kepada masyarakat bahawa cadangan pelaksanaan semula UPSR dan PT3 adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang biasa di sekolah, dan tidak perlu dicemaskan.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kajian itu perlu dilakukan secara teliti bagi menilai pelaksanaan pentaksiran yang sudah dijalankan sejak sekian lama, termasuk keberkesanannya terhadap perkembangan murid secara holistik.
“Pentaksiran yang kita laksanakan selama ini sudah berjalan sekian lama dan mempunyai impak tersendiri kerana ia memberi tumpuan kepada pentaksiran secara holistik.
“Apa yang Kementerian mahu kaji adalah berdasarkan maklum balas dan permintaan ibu bapa, selain meneliti kesesuaiannya dengan dasar serta pelaksanaan pentaksiran yang sedang berjalan ketika ini.
“Sebab itu saya sebut tadi, beri kami sedikit masa. Kami akan memberikan penjelasan kepada masyarakat selepas kajian menyeluruh siap dilaksanakan dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau hari pertama pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent, Elmina, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Fadhlina menjangkakan kajian itu akan dilaksanakan dan dapat diselesaikan pada tahun ini juga dan dibentangkan secepat mungkin.
"Saya jangka tahun ini juga. Tahun ini, ya. Kita laksanakan pada tahun ini juga kajian tersebut dan kita akan bentang secepat mungkin," katanya.
Sebelum ini, KPM memaklumkan akan mengkaji semula sistem peperiksaan negara melibatkan UPSR dan PT3 susulan polemik dibangkitkan masyarakat yang mana Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan akan mendapatkan pandangan pakar pendidikan serta meneliti laporan dan data berkaitan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, masyarakat tidak perlu bimbang dengan cadangan pelaksanaan semula UPSR dan PT3 kerana peperiksaan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang telah lama menjadi amalan di sekolah.
Alimuddin berkata, sejak kecil murid sentiasa melalui ujian bulanan, pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan besar, justeru perkara itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan Kementerian Pendidikan memohon sedikit masa untuk menjalankan kajian menyeluruh berhubung pelaksanaan semula UPSR dan PT3?
A: Kementerian Pendidikan memerlukan masa untuk menilai kesesuaian pelaksanaan pentaksiran yang sudah lama berlangsung serta impaknya terhadap perkembangan holistik murid. - Q: Apa yang akan menjadi fokus utama kajian yang akan dilakukan berkenaan pelaksanaan semula UPSR dan PT3?
A: Kajian akan memberi tumpuan kepada maklum balas dan permintaan ibu bapa, selain meneliti kesesuaian dasar serta pelaksanaan pentaksiran yang sedang berjalan ketika ini. - Q: Bolehkah kajian tersebut dijangka akan selesai pada bila dan bagaimana hasilnya akan dibentangkan?
A: Kementerian merancang kajian selesai pada tahun ini dan hasilnya akan dibentangkan secepat mungkin selepas itu kepada Jemaah Menteri dan masyarakat. - Q: Apakah pandangan bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkenaan cadangan pelaksanaan semula UPSR dan PT3?
A: Tan Sri Alimuddin menyatakan bahawa masyarakat tidak perlu bimbang kerana peperiksaan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang lama menjadi amalan di sekolah. - Q: Apakah yang dilakukan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan sebelum membuat sebarang keputusan berkenaan sistem peperiksaan negara?
A: Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan akan mendapatkan pandangan pakar pendidikan serta meneliti laporan dan data berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan sistem peperiksaan negara.