awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan sistem menyentuh umat Islam wajar diperjelas terlebih dahulu - PUM

Bernama
Bernama
16/12/2017
20:00 MYT
Pelaksanaan sistem menyentuh umat Islam wajar diperjelas terlebih dahulu - PUM
Mas Ermieyati berkata pada Sabtu, kerajaan akan mencari mekanisme baharu yang lebih baik dan berkesan dalam menangani isu penipuan pakej umrah di negara ini. - Gambar fail
Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) berkata pelaksanaan sebarang sistem yang menyentuh umat Islam secara langsung wajar diperjelaskan kepada mereka terlebih dahulu.
Ini bagi mengelak persoalan seperti yang berlaku dengan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah yang mana pelaksanaannya dibatalkan pada Sabtu.
Dalam kenyataan mengenai perkara itu, Yang Dipertua PUM Datuk Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata persatuan itu mengalu-alukan keputusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk menarik balik penggunaan sistem IMAMS.
"Sewajarnya pelaksanaan sistem sebegini diperjelaskan terlebih dahulu kepada rakyat terutama masyarakat Islam yang terlibat secara langsung dalam urusan umrah dan haji.
Jangan ada sistem-sistem yang diperkenalkan menambah bebanan kepada mereka. Elakkan juga pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas sistem yang dibuat," katanya.
"Apapun, syabas di atas keputusan menarik balik penggunaan sistem IMAMS ini," kata Syeikh Abdul Halim.
Pembatalan itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin selain Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Rashidi Hasbullah.
Mas Ermieyati memberitahu sidang media khas kemudian bahawa kerajaan akan mencari mekanisme baharu yang lebih baik dan berkesan dalam menangani isu penipuan pakej umrah di negara ini.
Pelaksanaan IMAMS pada asalnya berkuat kuasa pada Jumaat namun ia mengundang pelbagai reaksi masyarakat kerana antara lain dilihat akan mengakibatkan penambahan kos bagi mengerjakan umrah.
Dalam pada itu, Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan itu turut menyokong pembatalan berkenaan.
"Kami menerima pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai yang menyatakan kegelisahan mereka berkenaan sistem IMAMS yang baharu diumumkan ini dan telah menyampaikan maklum balas tersebut kepada pihak-pihak yang berkaitan," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Haji
#IMAMS
#Islam
#Mas Ermieyati Samsudin
#penipuan
#Persatuan Ulama' Malaysia
#PUM
#Shahrizat Abdul Jalil
#Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir
#umrah
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan