MALAYSIA
Pelan mitigasi banjir tunjuk kesan positif, MBDK tambah projek baharu
Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan pelan mitigasi banjir yang dirangka sebelum ini menunjukkan kesan positif termasuk dengan menjadikan Ribut Tropika Senyar sebagai penanda aras terkini. - Foto Facebook MBDK
KLANG: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan pelan mitigasi banjir yang dirangka sebelum ini menunjukkan kesan positif termasuk dengan menjadikan Ribut Tropika Senyar sebagai penanda aras terkini.
Datuk Bandar Klang Datuk Abd Hamid Hussain berkata pelan itu turut membolehkan pihaknya merancang langkah tambahan seperti projek penambahan kolam takungan dan sistem saliran bagi mengurangkan risiko banjir di beberapa kawasan lain.
"Pelaksanaan pelan mitigasi banjir sebelum ini telah membuahkan hasil yang memberangsangkan iaitu banjir terbaharu hanya menjejaskan kawasan seperti Meru, Pulau Indah dan Teluk Gong termasuk kesan daripada Ribut Tropika Senyar yang membawa hujan lebat berterusan.
"Namun pelan mitigasi sedia ada berjaya mengurangkan impaknya kepada masyarakat dan saya harap nasib akan menyebelahi Klang bagi jangka masa panjang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus pelan pencegahan banjir di Bangunan MBDK, di sini hari ini.
Beliau berkata MBDK telah mengenal pasti lebih 50 kawasan berisiko tinggi termasuk hotspot iaitu kawasan yang mengalami banjir sekurang-kurangnya tiga kali setahun bagi tiga tahun berturut-turut.
Abd Hamid memaklumkan pihaknya memperuntukkan RM12 juta untuk menaik taraf sistem saliran, kolam takungan dan sistem pemantauan banjir bagi 2026 diikuti RM127 juta lagi diagihkan secara berperingkat sehingga 2030 bagi menampung projek baharu dan naik taraf.
-- BERNAMA