awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Perak Sejahtera 2030: Kerajaan negeri pastikan tiada terpinggir

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/07/2022
06:12 MYT
Pelan Perak Sejahtera 2030: Kerajaan negeri pastikan tiada terpinggir
Kerajaan negeri akan memastikan tiada mana-mana kumpulan rakyat yang terpinggir daripada program pembangunan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
IPOH: Kerajaan negeri akan memastikan tiada mana-mana kumpulan rakyat yang terpinggir daripada program pembangunan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pelan itu bersifat dinamik di mana penyesuaian dan penambahbaikan boleh dilakukan bagi memenuhi keperluan perancangan atau tuntutan semasa yang di luar jangka.
Menurutnya, pelan itu merupakan rancangan pembangunan negeri yang menjadi penunjuk arah untuk jentera kerajaan merancang dan merencana pembangunan Perak menuju tahun 2030.
“Matlamat pelan ini adalah jelas, iaitu memastikan Perak Makmur, Rakyat Sejahtera menjelang 2030.
“Matlamat ini disokong dengan tujuan yang jelas iaitu memacu pembangunan sosioekonomi yang mapan, inklusif dan dinamik.
“Kerajaan negeri berhasrat untuk melaksanakan pembangunan sosioekonomi yang mapan, iaitu satu bentuk pembangunan yang kukuh dan mantap dalam berdepan dengan pelbagai cabaran dan ketidaktentuan yang sedang dan akan berlaku dalam tempoh menuju tahun 2030,” katanya.
Beliau menjawab soalan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri pada Persidangan Pertama Mesyuarat Kedua Tahun Kelima Dewan Negeri Yang Ke - 14, Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.
Kata Menteri Besar lagi, kerajaan negeri berhasrat untuk melaksanakan pembangunan sosioekonomi yang mapan dalam berdepan dengan pelbagai cabaran dan ketidaktentuan yang sedang dan akan berlaku dalam tempoh menuju tahun 2030.
Namun, jelasnya, pembangunan tidak akan bermakna jika limpahan dan manfaat yang diraih daripadanya tidak dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, jantina mahu pun status ekonomi.
Oleh itu, katanya, kerajaan negeri akan memastikan pembangunan inklusif yang dirancang menerusi pelan ini tidak akan meminggirkan atau mengenepikan mana-mana kumpulan rakyat.
Topic Berkaitan
#Pelan Perak Sejahtera 2030
#Perak Makmur Rakyat Sejahtera
#Menteri Besar
#Sidang DUN Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan