JITRA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam peringkat akhir menyiapkan pelan strategik merangkumi penambahbaikan fungsi dan peranannya yang akan dilancarkan pada awal Jun depan.
Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata penambahbaikan yang bakal dilakukan termasuk dari segi penjenamaan, peranan dan teknologi yang digunakan dalam perkhidmatan kepada rakyat.
"Ia bukan penambahbaikan untuk penjenamaan semula seperti menukar logo, ia lebih kepada menjelaskan peranan kita supaya rakyat faham bahawa kita bukan sekadar bagi pinjaman (pendidikan) tetapi peranan utama kita ialah tabungan, sesuai dengan nama kita," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Program Jelajah Ramadan PTPTN 2021 bagi Parlimen Kubang Pasu di sini pada Ahad.
Mengulas mengenai kefahaman masyarakat mengenai peranan PTPTN, beliau berkata ia dilihat semakin baik apabila ramai mengetahui dan menyertai program tabungan yang disediakan perbadanan itu.
"Kalau dulu orang melihat PTPTN menyediakan pinjaman sahaja, sekarang ini rakyat mula nampak peranan kita dalam kebajikan dan program tabungan, tabungan kita meningkat berkali ganda sejak beberapa tahun lepas," katanya.
Sementara itu, Wan Saiful berkata sebanyak RM893,000 disediakan PTPTN untuk Program Jelajah Ramadan PTPTN 2021 kali ini yang disalurkan kepada golongan asnaf dan bantuan kepada masjid-masjid di seluruh negara.
"Bantuan akan disalurkan dalam tiga bentuk iaitu bantuan tunai kepada golongan asnaf, bantuan kewangan kepada masjid dan sumbangan kepada pencarum akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 02 2021
Kefahaman masyarakat mengenai peranan PTPTN semakin baik apabila ramai mengetahui dan menyertai program tabungan yang disediakan perbadanan itu. - Gambar fail
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023
PTPTN melalui tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional mencatat terimaan deposit berjumlah RM17.39 bilion setakat Disember lepas.
Penjenamaan semula PTPTN kukuhkan imej, kepercayaan masyarakat
PTPTN melaksanakan penjenamaan semula secara berperingkat sejak 2020 bertujuan memastikan identiti dan imej korporatnya terus disegani.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Rebut insentif diskaun bayaran balik PTPTN hingga 31 Mei
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyeru peminjam supaya memanfaatkan insentif diskaun bayaran balik pinjaman hingga 20 peratus yang ditawarkan oleh agensi itu hingga 31 Mei ini.
Dividen Simpan SSPN 2022 diumum 3.05 peratus, ganjaran kesetiaan 1 peratus
5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN akan menerima manfaat membabitkan anggaran peruntukan RM266.17 juta.
Penangguhan bayaran dan diskaun pinjaman PTPTN dalam tempoh terdekat
Penangguhan bayaran balik dan pengurangan bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diumumkan dalam inisiatif Belanjawan 2023 akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Bulan Menabung Simpan SSPN 2022 jana terimaan deposit 117 peratus berbanding sasaran
Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencatatkan kejayaan dengan terimaan deposit Simpan SSPN berjumlah RM175.8 juta.
PTPTN catat jumlah deposit SSPN RM3.01 bilion bagi 2021
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merekodkan sebanyak RM3.01 bilion jumlah deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi 2021.
Bayaran balik PTPTN dengan diskaun boleh dibuat ikut saluran disediakan
Pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan diskaun yang diumumkan oleh kerajaan bermula 1 Nov ini boleh dibuat menerusi beberapa saluran disediakan.
PTPTN ubah imej dengan Pelan Strategik 2021-2025
Setelah 24 tahun kewujudan, masyarakat perlu menyedari fungsi dan sumbangan utama PTPTN kepada pembangunan ekonomi dan pendidikan negara.