MALAYSIA
Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026-2030 perkukuh kesejahteraan sosial
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Negara kali ke-23. - Foto Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Kerangka Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara (PTDSN) 2026-2030 akan menjadi satu dokumen strategik kerajaan untuk membawa nilai baharu dalam memperkukuh kesejahteraan sosial serta ketahanan negara.
Ringkasan AI
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pelan itu dibangunkan melalui kolaborasi menyeluruh antara kementerian Persekutuan, kerajaan negeri, pihak swasta dan komuniti selaras dengan pendekatan keseluruhan kerajaan (whole of government) dan keseluruhan negara (whole of nation).
Beliau berkata PTDSN 2026-2030 digerakkan berdasarkan empat teras utama Dasar Sosial Negara 2030 meliputi 17 bidang keutamaan, 17 strategi dan 102 inisiatif dengan penglibatan 32 kementerian dan agensi bagi memastikan setiap intervensi bersifat responsif serta membawa nilai baharu menerusi dasar yang lebih inklusif, mampan dan berteraskan prinsip kemanusiaan.
"Saya ingin menegaskan bahawa ukuran pembangunan negara tidak wajar hanya bergantung pada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata.
"Nilai baharu yang diketengahkan melalui dasar ini menuntut penilaian yang lebih menyeluruh termasuk petunjuk sosial, agihan ekonomi saksama dan akses kepada peluang yang adil bagi semua rakyat," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Negara kali ke-23 di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata inisiatif di bawah PTDSN turut memberi fokus kepada anjakan minda termasuk memupuk sifat berdikari, inovasi dan daya tahan dalam kalangan rakyat.
"Inilah nilai baharu yang ingin dibudayakan di peringkat nasional untuk mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kerajaan dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi negara sebagaimana digariskan dalam Dasar Sosial Negara 2030," katanya.
Sementara itu, beliau berkata mesyuarat turut memberikan perhatian kepada isu gelandangan yang menjadi satu indikator penting terhadap nilai kemanusiaan dalam masyarakat.
Beliau berkata bagi tempoh 2021 hingga Mei 2025, sebanyak 5,163 gelandangan telah dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat namun kadar mereka kembali menjadi gelandangan kekal tinggi.
Sehubungan itu, beliau berkata mesyuarat menyambut baik syor Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memperkukuh tadbir urus isu pengemis dan gelandangan melalui hala tuju baharu yang mengetengahkan penggubalan akta baharu bagi menggantikan Akta Orang-Orang Papa 1977.
Ahmad Zahid berkata pendekatan itu menekankan takrifan yang lebih jelas, punca kuasa tersusun merentas agensi serta keseimbangan antara intervensi pemulihan dan tindakan penguatkuasaan.
Selain itu, beliau berkata mesyuarat turut meneliti isu kerugian besar akibat penipuan dalam talian susulan laporan Polis Diraja Malaysia menunjukkan 47,854 kes direkodkan tahun ini iaitu sehingga September lepas dengan jumlah kerugian RM1.919 bilion.
"Trend peningkatan ini menuntut pendekatan bersepadu dalam strategi pencegahan termasuk pendidikan digital, pemantauan rentas agensi serta perlindungan pengguna yang lebih berkesan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerangka Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara (PTDSN) 2026-2030 menjadi strategik kerajaan untuk memperkukuh kesejahteraan sosial dan ketahanan negara melalui kolaborasi bersama kementerian, pihak swasta, dan komuniti.
- PTDSN 2026-2030 berdasarkan empat teras utama Dasar Sosial Negara 2030, melibatkan 32 kementerian dan agensi dengan fokus responsif, inklusif, mampan, dan berasaskan prinsip kemanusiaan.
- Mesyuarat Majlis Sosial Negara kali ke-23 menyorot isu gelandangan, cadangan penggubalan akta baharu bagi pengemis dan gelandangan, serta pertimbangan strategi pencegahan penipuan dalam talian bagi mengurangkan kerugian besar.