awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh terima 14 pemerhati pilihan raya dari Malaysia
Malaysia dibelasah Afghanistan 7-0 di Piala Asia Futsal
Penerbangan terus Bangladesh-Pakistan beroperasi semula selepas 14 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Tindakan Food Bank Kebangsaan 2026-2030 dilancarkan awal tahun depan - Armizan

Bernama
Bernama
08/12/2025
08:15 MYT
Pelan Tindakan Food Bank Kebangsaan 2026-2030 dilancarkan awal tahun depan - Armizan
Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali melawat ke reruai pameran selepas merasmikan Konvensyen Food Bank 2025 hari ini. - Foto Bernama
BANGI: Satu Pelan Tindakan Food Bank Kebangsaan 2026-2030 akan dilancarkan awal tahun depan, sebagai kerangka komprehensif bagi memperkukuh pelaksanaan inisiatif bantuan makanan dan memantapkan ekosistem jaringan keselamatan sosial negara.

Ringkasan AI
  • Pelan Tindakan Food Bank Kebangsaan 2026-2030 dilancarkan sebagai kerangka komprehensif untuk memperkukuh inisiatif bantuan makanan dan memantapkan jaringan keselamatan sosial negara.
  • Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, menyatakan bahawa pelan tersebut akan menetapkan matlamat jelas, sasaran capaian, serta mengenal pasti kelompok masyarakat yang masih belum menerima bantuan makanan.
  • Kementerian berusaha menyelaraskan program bank makanan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 12.3 dan fokus kelestarian alam dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memberi manfaat kepada golongan kurang bernasib baik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelan tindakan lima tahun itu kini dalam fasa penyediaan awal dan dibangunkan berasaskan dapatan daripada Konvensyen Food Bank Malaysia 2025, yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
Beliau berkata hasil perbincangan, syor serta input daripada pelbagai pemegang taruh termasuk badan bukan kerajaan (NGO), pemain industri, peruncit, rangkaian hotel, sukarelawan komuniti dan agensi kerajaan akan digunakan sebagai asas kepada draf pelan tindakan berkenaan.
"Kita menyasarkan berdasarkan dapatan konvensyen ini, untuk mengadakan sesi libat urus susulan dengan kadar segera.
"Sasaran kita adalah untuk hadir dengan Pelan Tindakan Food Bank Kebangsaan 2026-2030 seawal tahun hadapan, kerana ia dokumen penting untuk menetapkan hala tuju, sasaran capaian serta kerangka pelaksanaan secara menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas perasmian konvensyen itu di sini hari ini.
Armizan berkata pelan berkenaan perlu menetapkan matlamat jelas, termasuk sasaran capaian dalam tempoh lima tahun serta keperluan mengenal pasti kelompok masyarakat yang masih belum menerima bantuan makanan, terutama di kawasan tidak diliputi NGO sedia ada.
Beliau berkata walaupun banyak NGO aktif melaksanakan program bank makanan sejak lebih dua dekad, pendekatan bersepadu melibatkan kerajaan adalah penting bagi memastikan keberkesanan, keseragaman standard, kawal selia dan pemantapan sokongan insentif.
"Dalam sesi libat urus, ada NGO yang mencadangkan bantuan peralatan atau pertimbangan insentif cukai.
"Bagi saya, kalau kita mahu kemukakan permohonan tersebut kepada kerajaan, lebih baik kita datang dengan dokumen lengkap yang memaparkan keberkesanan program, potensi masa depan dan keselarasan dengan agenda besar kerajaan," katanya.
Beliau berkata kementeriannya mahu memastikan transformasi program bank makanan bermula 2026 dijajarkan dengan dua komponen utama, iaitu kelestarian dan keselamatan makanan, serta peranan bank makanan sebagai inisiatif kebajikan yang membantu menangani kos sara hidup dan digerakkan melalui konsep kesepaduan dan tanggungjawab bersama.
Menurut Armizan, pelaksanaan bank makanan perlu diselaraskan dengan komitmen Malaysia terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 12.3, iaitu mengurangkan pembaziran makanan sebanyak separuh menjelang 2030, di samping selari dengan fokus kelestarian alam dan kesejahteraan rakyat dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
"Kalau kita dapat jajarkan inisiatif bank makanan ini dengan agenda besar kerajaan dan kita dokumenkan dengan baik, saya yakin agensi pusat akan memberi pertimbangan sewajarnya, apatah lagi program ini memberi manfaat kepada golongan kurang bernasib baik," katanya.
Konvensyen Food Bank Malaysia 2025 yang kali pertama dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menghimpunkan lebih 1,000 peserta membabitkan agensi kerajaan, pemain industri pengeluaran makanan, peruncit, rangkaian hotel, NGO, sukarelawan komuniti serta lapan Rakan Strategik Utama (RSU) bank makanan di seluruh negara.
Sejak diwujudkan pada 2019, Program Food Bank Malaysia yang diselia Sekretariat Food Bank KPDN telah memberi manfaat kepada 1,164,932 ketua isi rumah dan 51,200 pelajar, selain menyelamatkan 6,511 tan metrik lebihan makanan melalui inisiatif keselamatan makanan.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Pelan Tindakan Food Bank Kebangsaan
#Armizan Mohd Ali
#kos sara hidup
#inisiatif bantuan makanan
#jaringan keselamatan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan