MALAYSIA
Pelan Tindakan Masyarakat India wajar dilaksana tangani kemiskinan, pendidikan - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima resolusi Parti Makkal Sakti yang disampaikan oleh Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R.S. Thanenthiran pada Perhimpunan Agung Tahunan ke-17 Parti Makkal Sakti. - Foto BERNAMA
BUTTERWORTH: Pelan Tindakan Masyarakat India yang dilancarkan pada 2017 wajar dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan bagi menangani isu kemiskinan bandar, pendidikan dan peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat India di negara ini.
Ringkasan AI
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sehubungan itu, beliau akan memastikan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan, yang kini bertanggungjawab ke atas hal ehwal masyarakat India, turun padang menyantuni komuniti tersebut di seluruh negara tanpa mengira parti politik bagi merealisasikan pelaksanaan pelan berkenaan.
Ahmad Zahid berkata sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN), beliau bependapat supaya pelan tindakan itu dilaksanakan sepenuhnya oleh Kerajaan Perpaduan.
"Jika peruntukan tidak mencukupi, saya akan membisikkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya menambah peruntukan," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti ke-17 di sini hari ini, yang disambut dengan tepukan gemuruh para perwakilan.
Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Presiden Makkal Sakti Datuk Seri RS Thanenthiran.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata fokus utama pelan tindakan itu adalah untuk menangani isu kemiskinan bandar yang semakin membimbangkan, khususnya dalam kalangan masyarakat India, selain memperluas akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran.
"Masalah kemiskinan bandar hari ini lebih serius berbanding kemiskinan luar bandar dan ia mesti ditangani segera. Kita perlu bersikap 'colour blind' dalam menangani kemiskinan, tanpa mengira kaum atau latar belakang," katanya.
Pengerusi Majlis TVET Negara itu turut menegaskan kepentingan memperkukuh pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) sebagai antara pendekatan utama bagi mengatasi masalah pengangguran dan keciciran pendidikan, termasuk dalam kalangan masyarakat India.
Beliau berkata golongan belia India akan terus diberi peluang menyertai program TVET, termasuk pendedahan dan latihan di luar negara, bagi meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran mereka.
Ahmad Zahid turut memberi jaminan pemantauan rapi akan dilaksanakan bagi memastikan pelan tindakan itu dilaksana secara berkesan dan tiada mana-mana komuniti tercicir daripada arus pembangunan negara.
Terdahulu, Thanenthiran meminta kerajaan agar mempertimbangkan semula pelaksanaan Pelan Tindakan Masyarakat India yang dilancarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2017, namun tidak dapat dilaksanakan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Perpaduan dilahirkan untuk laksanakan Pelan Tindakan Masyarakat India 2017 bagi atasi kemiskinan bandar, pendidikan, dan pekerjaan bagi masyarakat India.
- Timbalan Perdana Menteri akan pastikan Menteri Sumber Manusia turun padang bantu komuniti India tanpa mengira parti politik untuk jalankan pelan tindakan tersebut.
- Fokus utama ialah menangani kemiskinan bandar, meluaskan akses pendidikan, dan latihan kemahiran bagi masyarakat India serta memantau pelaksanaan pelan dengan teliti.