awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Tindakan Perpaduan Negara dilancar akhir tahun ini - Halimah

Bernama
Bernama
13/10/2021
21:22 MYT
Pelan Tindakan Perpaduan Negara dilancar akhir tahun ini - Halimah
Halimah berkata pelbagai program diperkenal di bawah Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030 bagi memupuk semangat perpaduan di peringkat awal persekolahan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan melancarkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara pada akhir tahun ini bagi menyemai perpaduan masyarakat selari dengan konsep 'Keluarga Malaysia.'
Menteri berkenaan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata ia merupakan pelan rangka tindakan keseluruhan yang merangkumi Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030, Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 dan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia.
"KPN juga mewujudkan modul Kelab Rukun Negara di sekolah manakala Sekretariat Rukun Negara di peringkat universiti bagi menyemaikan semangat Keluarga Malaysia supaya ia bermula dari asas termasuk juga mengenai Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia," katanya dalam program Inklusif terbitan RTM pada Rabu.
Beliau juga berkata pelbagai program telah diperkenal di bawah Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030 bagi memupuk semangat perpaduan di peringkat awal persekolahan termasuk pengajaran empat bahasa komunikasi iaitu bahasa Mandarin, Tamil, Kadazan dan Iban di Tabika Perpaduan.
Katanya semua program akan dilaksana di semua 1,781 Tabika Perpaduan seluruh negara yang melibatkan 38,000 murid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Halimah Mohamed Sadique
#Pelan Tindakan Perpaduan Negara
#pelan rangka tindakan
#Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan