MALAYSIA

Pelancong British dikhuatiri hilang selepas keluar malam di Bangsar - Laporan

Astro Awani 02/06/2025 | 08:45 MYT
Jordan Johnson-Doyle, 25, kali terakhir dihubungi pada Selasa, 27 Mei. - Gambar koleksi Leanne Burnett.
KUALA LUMPUR: Seorang pelancong solo British, Jordan Johson-Doyle, 25, dikhuatiri hilang semasa berjalan-jalan Bangsar, di ibu negara pada Sabtu malam, lapor Daily Mail.


Ringkasan AI
  • Pelancong solo British, Jordan Johson-Doyle, dikhuatiri hilang di Bangsar: Kali terakhir dia berhubung dengan keluarga adalah pada 26 Mei, dan lokasinya terakhir dikesan melalui "Find My iPhone" pada 27 Mei sebelum isyarat terputus.
  • Ibunya risau kerana Doyle sentiasa memaklumkan lokasinya: Leanne Burnett percaya anaknya akan berusaha menghubungi mereka jika telefon atau komputer ribanya hilang, tetapi kini tidak ada sebarang tanda komunikasi darinya.
  • Belum ada maklumat lanjut mengenai keberadaannya: Doyle tiba di Malaysia pada 17 Mei selepas mengembara dari Vietnam dan merancang meneruskan perjalanan ke seluruh Asia Tenggara, namun lokasi semasa dia menginap masih tidak dapat dipastikan.


Menurut ibunya, Leanne Burnett, anaknya dipercayai pergi ke sebuah bar di Bangsar, berdasarkan gambar yang dihantar kepada rakan karibnya Owen.

"Saya tidak tahu apa yang telah berlaku, apa yang saya tahu ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya apabila tidak menghubungi sesiapa.

"Saya tahu dia macam mana dan dia tahu betapa risaunya semua orang di rumah, itulah sebabnya dia sentiasa mendaftar lokasinya sepanjang masa," kata Leanne.

Leanne, 44, yakin seandainya telefon pintar atau komputer riba milik anaknya hilang pasti dia akan mencari jalan untuk menghubunginya.

Tambahnya, semakan lokasi melalui aplikasi "Find my Iphone" menunjukkan lokasi terakhir telefonnya ditanda di sebuah bangunan kediaman berhampiran bar terbabit pada 27 Mei.

Isyarat itu berhenti dan tidak menghantar lokasi baharu tiga hari kemudian pada 30 Mei apabila bateri telefon milik Jordan dipercayai telah kehabisan tenaga.

Leanne berkata kali terakhir beliau berhubung dengan anaknya adalah pada 26 Mei dan perbualan mereka hanyalah berkenaan dengan soal pekerjaan dan lain-lain.

Doyle, seorang jurutera perisian, tiba di Malaysia pada 17 Mei selepas melakukan perjalanan dari Vietnam, dan merancang untuk menghabiskan pengembaraanya di seluruh Asia Tenggara.

Sehingga laporan ini disiarkan, butiran lanjut dimana lokasi Doyle menginap masih tidak dapat dipastikan.



#pelancong #hilang #Pengembara #Jordan #Malaysia #telefon pintar #British #iPhone