Pelancong warganegara Hong Kong mengalami kecederaan di bahagian paha kiri akibat jet ski dinaiki bertembung dengan sebuah lagi jet ski yang lain berdekatan The Cliff Restaurant, Pantai Cenang, Langkawi, petang tadi.
Ketua Bahagian Bencana Operasi dan Latihan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Langkawi, Lt (PA) Md Saifudin Saad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.26 petang yang memaklumkan seorang mangsa terlibat dengan kemalangan sukan pantai iaitu jet ski.
"Bertindak atas panggilan, operator di menara penyelamat pantai APM Pantai Cenang menghubungi kapten bot penyelamat untuk respons kes tersebut yang kebetulan pada masa itu, beliau membuat rondaan di sekitar Pantai Tengah.
"Anggota tiba di lokasi menjadi dua jet ski yang dinaiki oleh empat mangsa didapati bertembung antara satu sama lain, lalu terjatuh atas batu berdekatan sebuah restoran, di Pantai Cenang," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, dalam insiden itu, seorang wanita berusia 20-an mengalami kecederaan di bahagian paha kiri.
"Mangsa telah diberi rawatan awal oleh anggota APM. Keadaan mangsa stabil,"katanya.
Pada hari yang sama, Md Saifudin berkata pihaknya juga turut menerima panggilan mengenai kes sengatan obor-obor di Batu Kulat, Pantai Tengah Langkawi.
Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.20 petang yang membabitkan mangsa lelaki berusia 26 tahun merupakan warganegara Jerman.
"Pusat operasi APM turut menerima panggilan mengenai mangsa terkena sengatan obor-obor di bahagian pergelangan kaki kiri dan kanan.
"Susulan itu, seramai lima anggota bertugas bergegas ke lokasi untuk menyelamatkan mangsa," katanya.
Katanya, apabila tiba di lokasi, pihaknya mendapati mangsa mengalami tanda-tanda kekejangan seluruh anggota badan.
"Mangsa turut dalam keadaan terketar-ketar membabitkan seluruh anggota badan, muntah dan dalam keadaan hampir pengsan.
"Setelah 30 minit diberi rawatan pemulihan oleh anggota penyelamat APM di lokasi kejadian. Mangsa kembali pulih dan dia disyorkan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Namun, mangsa menolaknya kerana mendakwa dirinya sudah pulih selepas menerima rawatan awal daripada anggota kami," katanya.
Sinar Harian
Wed Oct 17 2018
Mangsa cedera dalam kemalangan membabitkan dua jet ski. -Foto Sinar Harian
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Banjir: Orang ramai diingatkan jangan sebar ramalan cuaca tidak tepat - APM
Aanggota dan aset APM siap siaga hadapi episod ketiga luruan monsun yang mengakibatkan hujan berterusan bermula minggu depan di timur Semenanjung.
Orang ramai disaran salur bantuan banjir menerusi APM di Pahang
Badan bukan kerajaan, syarikat swasta dan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang diminta berbuat demikian menerusi APM bagi tujuan penyelarasan.
Banjir: Lebih 90 pelajar di Kuala Krai seberang sungai guna bot APM, polis
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu 95 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh menyeberang Sungai Kuala Nal untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini.
MTL: APM tugaskan 900 keanggotaan di seluruh Kelantan
Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan ditugaskan sepanjang musim Monsun Timur Laut di negeri ini.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
APM tangkap buaya lebih 300kg di Sandakan
Haiwan liar berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.
Orang ramai dinasihatkan peka perubahan cuaca - APM
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih peka dengan perubahan cuaca yang menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan khususnya Kuala Lumpur selain banjir di beberapa negeri di seluruh negara.
Mahu pukat ikan, tertangkap buaya
Seekor buaya tembaga ditemukan tersangkut bersama tangkapan yang lain dalam pukat milik nelayan di Bagan Ikan, Bagan Datuk dekat sini pagi tadi.
Hampir semua 'hotspot' banjir di Kedah dinaiki air - APM
Hampir kesemua 114 lokasi 'hospot' banjir di Kedah dinaiki air dalam kejadian bencana itu yang melanda negeri ini sejak Sabtu lepas.
Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 139 orang petang ini
Kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu dan Padang Terap ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).