MALAYSIA
Pelancong China dilastik hingga lebam di Sabah
Kasim (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 31 tahun yang memaklumkan kejadian berlaku di Jalan Kota Kinabalu Lama 2, berhampiran bangunan Public Bank.
KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam insiden seorang pelancong China dilastik sehingga cedera dalam kejadian di kawasan pusat bandar pada petang Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 31 tahun yang memaklumkan kejadian berlaku di Jalan Kota Kinabalu Lama 2, berhampiran bangunan Public Bank.
“Siasatan awal mendapati semasa kejadian, mangsa sedang berjalan kaki bersama suaminya di lokasi tersebut sebelum mendakwa telah terkena satu objek yang disyaki dilastik dari arah sebuah kenderaan yang sedang bergerak.
“Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan lebam pada bahagian badan,” katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 337 Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.
“Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sehubungan itu, Kasim memohon kerjasama orang awam yang berada di lokasi kejadian atau mana-mana pemilik kenderaan yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang melalui Jalan Kota Kinabalu Lama 2 atau Jalan Pantai sekitar jam 6.45 petang hingga 7.15 malam pada tarikh kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat.
“Sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Damian Frederick bin Frederick Devi di talian 017-6561513, atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-310208,” katanya. - Sinar Harian