MALAYSIA
Pelancong China ditemukan lemas di Pulau Perhentian
Kejadian disedari sepupu mangsa apabila wanita berkenaan tidak kembali ke pantai selepas 30 minit berenang. - Gambar hiasan
JERTIH: Seorang pelancong wanita warganegara China ditemukan lemas di Pulau Perhentian di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu mangsa 33 tahun dikatakan berenang seorang diri, manakala sepupunya berada di tepi pantai.
Kejadian disedari sepupu mangsa apabila wanita berkenaan tidak kembali ke pantai selepas 30 minit berenang.
"Mangsa kemudian ditemukan terapung dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan berbatu oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.
Azamuddin berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA