NATIONAL
Pelancong China ke Pulau Pinang meningkat 218.8 peratus pada 2024

Kerajaan negeri sentiasa berusaha menerokai pasaran pelancongan di China melalui pelbagai langkah. - Gambar hiasan/ Unsplash
GEORGE TOWN: Pulau Pinang menyaksikan peningkatan mendadak pelancong dari China melalui ketibaan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sebanyak 218.86 peratus pada tahun lepas, berbanding 2023.
Ringkasan AI
- Pulau Pinang mencatat peningkatan ketibaan pelancong dari China sebanyak 218.86% pada tahun 2024 berbanding 2023, menjadikan China antara pasaran pelancongan utama negeri itu.
- Kerajaan negeri memperkukuh akses penerbangan terus dari bandar utama China seperti Shanghai, Guangzhou, Shenzhen dan Chengdu, serta menambah tujuh laluan baharu sejak Ogos 2023.
- Promosi pelancongan dijalankan secara agresif melalui media sosial seperti Xiaohongshu, kerjasama dengan agensi pelancongan dalam talian (OTA) China, dan penganjuran lawatan pengenalan untuk ejen pelancongan dan pempengaruh dari China.
Wong berkata kerajaan negeri melalui agensinya, sentiasa berusaha menerokai pasaran pelancongan di China melalui pelbagai langkah, antaranya mengukuhkan akses udara secara terus dengan kerjasama strategik bersama syarikat penerbangan untuk penambahan penerbangan terus dari China ke Pulau Pinang.
Beliau berkata ketika ini, terdapat penerbangan terus di empat daripada lima lapangan terbang yang paling sibuk dari China ke Pulau Pinang iaitu dari Shanghai, Guangzhou, Shenzhen dan Chengdu, selain tujuh penerbangan baharu yang dilancarkan dari bandar-bandar di China sejak Ogos 2023.
Selain itu, Wong memaklumkan kerajaan negeri juga melaksanakan kempen pemasaran secara agresif di platform media sosial dan laman web pelancongan, kerjasama dengan Online Travel Agency (OTA) China dan syarikat penerbangan, untuk menawarkan pakej pelancongan yang menarik selain melaksanakan Familiarisation Trips kepada agen pelancongan, media dan pempengaruh dari China.
"Pelancongan Pulau Pinang juga aktif dipromosikan di media sosial Xiaohongshu (juga dikenali sebagai Little Red Book) yang dilihat semakin penting dalam strategi promosi pelancongan, terutamanya untuk menarik pelancong dari China dan komuniti berbahasa Mandarin," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami