IPOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelancong dari India yang hilang sejak 22 Sept lalu ketika mendaki Gunung Jasar, Cameron Highlands yang disambung hari ini menemukan kesan tapak kaki berkemungkinan jejak mangsa.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang Zulfadli Zakaria berkata pasukan team D yang mencari di sekitar Sg Ubi, iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), menemukan kesan tapak kaki dan kesan dilalui orang.
"Komander Ops menganggapkan berkemungkinan jejak mangsa, pencarian hari ini telah fokus dalam radius 5 kilometer, melibatkan kawasan denai melibatkan tempat terlibat bermula di Gunung Jasar dan Kampar PAS menghala ke Bharat Tea," katanya dalam satu kenyataan.
Zufadli berkata sasaran pencarian ialah sekitar 500 meter dari Gunung Jasar menggunakan sweeping kiri kanan denai secara menyeluruh.
Bagaimanapun SAR yang mengandungi kekuatan lebih 70 anggota itu ditangguhkan petang tadi dan perancangan operasi esok akan memfokuskan di kawasan menghala jejak yang dikesan, iaitu 500 meter dari puncak Gunung Jasar.
"Pencarian juga akan memfokuskan kawasan cerun dan 'off trail' di sekitar kawasan yang mempunyai jejak," katanya.
Terdahulu Ketua Polis Daerah Cameron Higlands DSP Azri Ramli dalam kenyataan memaklumkan Nandan Suresh Nadkarni, 44, dilaporkan hilang selepas mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands sejak 22 Sept lepas.
Mangsa telah mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 Sept dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 Sept.
Hasil siasatan awal polis mendapati pada 22 Sept, mangsa telah keluar dari hotel seorang diri untuk melakukan aktiviti pendakian di trail 10 Gunung Jasar, Tanah Rata berdasarkan beberapa rakaman CCTV yang diperoleh di sekitar kawasan Tanah Rata.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023

Zufadli berkata sasaran pencarian ialah sekitar 500 meter dari Gunung Jasar menggunakan sweeping kiri kanan denai secara menyeluruh. - Gambar fail/Sinar Harian
AWANI Ringkas: Penduduk risau, tidak benarkan anak keluar bermain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.

Pertahanan Young Tigers perlu diperkemas - Maninderjit
Skuad Young Tigers perlu memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan seandainya mahu menundukkan Mesir pada perlawanan klasifikasi tempat kesembilan hingga 16 Kejohanan JWC esok.

Hon Jian-Muhammad Haikal raih kejuaraan kedua di India
Beregu muda lelaki negara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri muncul juara Kejohanan Masters Guwahati 2023 di India, hari ini.
AWANI 7:45 [10/12/2023] - Penjelasan PM bersama TPM | Malam penentu All Stars Gegar Vaganza
Tiada lagi tebuk atap, atap Kerajaan Perpaduan kukuh ibarat konkrit.
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?
Penduduk Apartmen Idaman Trauma, larang anak main luar rumah.
Dua belas minggu berentap, siapa Juara All Stars Gegar Vaganza?

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI capai matlamat, lebih 200,000 hadir
Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Zayn Rayyan | Setahun Kerajaan MADANI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pihak sekolah diarah sediakan laporan lengkap insiden buli pelajar lari asrama - Lim
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

Ukraine mungkin tidak sertai Sukan Olimpik Paris
Ukraine mungkin tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 melainkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengubah pendiriannya.

Program setahun bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan - Menteri
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wajar diteruskan kerana mendapat sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.

Pelancong hilang: SAR di Gunung Jasar temukan kesan tapak kaki kemungkinan jejak mangsa
Mangsa telah mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 Sept dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 Sept.