awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong Indonesia teruja untuk datang ke Malaysia

Bernama
Bernama
06/03/2022
20:57 MYT
Pelancong Indonesia teruja untuk datang ke Malaysia
Laporan berita mengenai pembukaan pintu sempadan negara tidak lama lagi mempengaruhi keinginan pelancong Indonesia berkunjung ke Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
JAKARTA: Selain rekreasi, pelancong Indonesia rasa teruja datang kembali ke Malaysia untuk bertemu ahli keluarga dan mendapatkan rawatan perubatan.
Itu merupakan hasil tinjuan empat hari Tourism Malaysia di 'Astindo Hybrid Travel Fair' anjuran Persatuan Syarikat Penjual Tiket Penerbangan Indonesia (Astindo) yang berakhir, di sini, semalam.
Lokasi utama pelancong di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Genting Highland sangat dirindui mereka, menurut pengurus pemasaran Tourism Malaysia di Jakarta, Niko Johan Tanosa.
Laporan berita mengenai pembukaan pintu sempadan negara tidak lama lagi turut mempengaruhi keinginan mereka berkunjung ke Malaysia.
Niko berkata: "Kita menjelaskan Malaysia setakat ini belum membuka sempadan sepenuhnya. Namun, pelancong boleh ke Malaysia melalui program Langkawi International Travel Bubble."
Seramai 6,000 pelancong dari pelbagai negara menyertai program itu termasuk 175 pelancong dari Indonesia sejak diperkenalkan pada 15 November 2021.
Sebelum pandemik COVID-19 melanda, seramai 3.6 juta pelancong Indonesia mengunjungi Malaysia pada 2019.
Niko berkata pihaknya bakal mengadakan Virtual Travel Mart Roadshow siri ke lima di Bandung sebagai persiapan Malaysia membuka kembali sempadan untuk pelancongan.
Roadshow, yang menghimpunkan agensi pelancongan Malaysia dan Indonesia secara hibrid untuk menjual pakej percutian, sebelum ini telah diadakan di Yogyakarta, Surabaya, Jakarta dan Batam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong Indonesia
#rawatan perubatan
#pembukaan pintu sempadan
#pelancongan malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan