awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong Korea Selatan tersangkut di pokok ketika paragliding

Sinar Harian
Sinar Harian
28/01/2024
10:55 MYT
Pelancong Korea Selatan tersangkut di pokok ketika paragliding
Usaha menyelamatkan mangsa tersangkut pada pokok ketika aktiviti luncur udara dilakukan oleh pasukan bomba dari BBP Lintas di Bukit Kokol, Manggatal pada Ahad. - Gambar/ JBPM
KOTA KINABALU: Seorang pelancong Korea Selatan tersangkut di atas pokok ketika melakukan aktiviti luncur udara atau paragliding di Bukit Kokol, Manggatal di sini pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, lelaki dikenali sebagai Cha Woo Sung berusia 50-an itu tersangkut pada ketinggian antara 40 hingga 50 meter sebelum berjaya dibawa turun oleh pasukan bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.51 petang.
Katanya, seramai 12 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak 19 kilometer dari BBP Lintas.
"Menurut laporan mangsa yang sedang menjalankan aktiviti luncur udara telah hilang kawalan dan tersangkut di atas pokok setinggi 40 ke 50 meter.
"Pasukan bomba segera ke lokasi bersama pemanggil iaitu sejauh satu kilometer lebih dari kawasan mangsa mula berlepas untuk menjalankan operasi menyelamat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Katanya lagi, pasukan bomba telah menggunakan sistem 'lowering' bagi menurunkan mangsa yang tersangkut.
"Pasukan bomba mengambil masa selama 40 minit untuk menurunkan mangsa tersebut.
"Mangsa dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan paragliding
#Sabah
#tersangkut pokok
#pelancong Korea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan