awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong Sepanyol tercedera di Mulu

Bernama
Bernama
15/08/2018
22:06 MYT
Pelancong Sepanyol tercedera di Mulu
Unit Udara Bomba Miri telah membuat penerbangan ke lokasi kejadian untuk mengangkut mangsa. - Gambar hiasan
Seorang pelancong wanita warga emas dari Sepanyol telah diterbangkan ke Hospital Miri pada petang Rabu setelah cedera di kaki akibat tergelincir selepas melawat gua di Mulu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Maureen Sim Ah Lian berkata, Josesa Nebot Fotuny, 58 tahun, yang tiba di Mulu bersama dengan rakan-rakanya pada Isnin lepas tergelincir semasa dalam perjalananan balik setelah melawat gua di Mulu pukul 1 petang.
"Berdasarkan maklumat diterima dari pemandu pelancong di sana (Mulu), pelancong Sepanyol tersebut dipercayai cedera di bahagian buku lali," katanya ketika dihubungi.
Maureen berkata, setakat ini tidak diketahui tahap kecederaan pelancong Sepanyol tersebut kerana masih menerima rawatan di Hospital Miri.
Menurutnya, pasukan Unit Udara Bomba Miri telah membuat penerbangan ke lokasi kejadian untuk mengangkut mangsa dan tiba di Hospital Miri pukul 6.33 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#cedera
#Gua
#Miri
#Mulu
#pelancong
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan