Pelancong sihat wajar dibenarkan melancong ke Langkawi - Dr Mahathir

Salim Aziz
Februari 19, 2021 14:35 MYT
Tun Dr Mahathir Mohamad melihat dekorasi seni arca pasir yang dibina simbolik kepada pengorbanan wira barisan hadapan yang bekerja tanpa henti sejak negara dilanda pandemik COVID-19 di Terminal Feri Penumpang Kuah hari ini. - Foto BERNAMA
LANGKAWI: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekarang adalah masa yang sesuai membenarkan pelancong-pelancong sihat untuk melawat Langkawi.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ia bagi membantu sektor pelancongan pulau bebas cukai itu yang terjejas akibat penularan COVID-19.
Katanya, kebanyakan kes-kes COVID-19 yang dikesan di Langkawi beberapa hari lepas hanya membabitkan tahanan dalam penjara sahaja.
“Langkawi sendiri tak ada masalah, langkawi zon hijau. Ada kes, tapi itu merupakan kes dalam tahanan.
“Saya harap dapat beri peluang untuk orang yang sihat datang ke Langkawi,” katanya.
Jelasnya, pintu-pintu masuk utama ke Langkawi juga akan memudahkan saringan kesihatan dilakukan terhadap pengunjung.
“Saya yakin orang yang diperiksa tanpa ada sakit dibenarkan datang sini,” tambahnya.
#Langkawi #pelancong sihat #Mahathir Mohamad #Tun Mahathir #Ahli Parlimen Langkawi #COVID-19