awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong warga Kanada sesat seorang diri di Gunung Jasar

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
22/05/2018
21:59 MYT
Pelancong warga Kanada sesat seorang diri di Gunung Jasar
Mangsa berada dalam selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya. - Foto: JBPM
Seorang pelancong asing warga Kanada berdepan detik-detik cemas selama hampir dua jam apabila sesat di puncak Gunung Jasar di sini pada petang Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pada pukul 4 petang itu, mangsa berumur 25 tahun berketurunan Jepun itu mendaki gunung tersebut seorang diri sebelum sesat di puncak gunung berkenaan.
Mangsa bagaimanapun berjaya menghubungi rakannya di Kuala Lumpur bagi menyatakan situasinya yang terkandas di lokasi puncak pendakian itu.
Pelancong tersebut ditemui pasukan pencari dan penyelamat di kedudukan 7 kilometer dari kaki gunung. - Foto: JBPM
Pelancong tersebut ditemui pasukan pencari dan penyelamat di kedudukan 7 kilometer dari kaki gunung. - Foto: JBPM
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd. Nazri Safiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada rakan mangsa sekitar pukul 4.16 petang sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke tempat kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Tiba di kaki gunung, anggota terus melaksanakan misi mencari mangsa dan menjumpainya di puncak gunung kira-kira 7 kilometer dari kaki gunung.
“Mangsa berada dalam selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi pada malam Selasa.
Menurutnya, operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 6.06 petang.
Topic Berkaitan
#gunung jasar
#JBPM
#Kanada
#pelancong
#penyelamat
#sesat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan