awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
26 negara EU gesa hormati undang-undang antarabangsa susulan operasi AS di Venezuela
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancongan berkembang hasil perpaduan, keamanan negara – PM Anwar

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
03/01/2026
13:00 MYT
Pelancongan berkembang hasil perpaduan, keamanan negara – PM Anwar
Sekitar Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang yang dilimpahi cahaya sempena Majlis Peluncuran Projek Inovasi Pencahayaan ke Arah Kelestariam Bandar I LITE U yang dirasmikan Anwar. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR : Industri pelancongan negara terus berkembang hasil keamanan dan kestabilan negara yang diperkukuh oleh perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Ringkasan AI
  • Kejayaan industri pelancongan negara diperkukuh oleh keamanan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum, menjadi kekuatan utama negara. Perdana Menteri menekankan penyertaan semua kaum dalam memartabatkan kepelbagaian budaya dan seni dari Perlis hingga Sabah dan Sarawak.
  • Dalam ucapan pada Majlis Pelancaran projek pencahayaan inovatif 'I LITE U' sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, Perdana Menteri menegaskan kebanggaan sebagai warga Malaysia berbilang kaum. Hadir juga beberapa menteri termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, serta Datuk Bandar Kuala Lumpur.
  • Projek 'I LITE U' di Bukit Bintang menonjolkan pencahayaan moden dan lestari sepanjang hampir satu kilometer, menyerlahkan keindahan bandar malam dengan lampu LED yang cekap tenaga serta elemen bertema dongeng, selaras dengan agenda bandar rendah karbon.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan sektor pelancongan turut didorong penyertaan semua kaum yang mempamerkan kepelbagaian budaya dan seni dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak, sekali gus menjadi kekuatan utama negara.
“Industri pelancongan merupakan satu industri yang terus berkembang, dan kejayaannya berpunca daripada keamanan negara ini. Ia berjaya kerana penyertaan semua kaum, semua kaum terlibat dan kita berbangga dengan perkara ini serta mesti mempertahankannya.
“Kita adalah rakyat Malaysia yang berbangga. Apabila saya menyebut Malaysia, saya merujuk kepada orang Melayu, Cina, India serta masyarakat Sabah dan Sarawak. Kita merupakan sebuah negara yang hebat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran projek inovasi pencahayaan ke arah kelestarian bandar, ‘I LITE U’, pada Sabtu bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif serta Datuk Fadlun Mak Ujud.
Majlis pelancaran itu turut dimeriahkan dengan kehadiran pemenang Anugerah Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh, yang juga Duta Muhibah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
Kawasan Bukit Bintang menjadi tumpuan menerusi penganjuran majlis pelancaran ‘I LITE U’, melibatkan laluan utama sepanjang hampir satu kilometer di sekitar kawasan berkenaan, dengan matlamat menghidupkan suasana malam bandar melalui paparan pencahayaan yang memukau.
Inisiatif ini sekali gus menonjolkan keindahan landskap bandar menerusi penggunaan teknologi moden dan lestari, selari dengan agenda bandar rendah karbon.
Projek berkenaan menampilkan rekaan pencahayaan menggunakan lampu diod pemancar cahaya (LED) berkonsepkan lampu gantung, lampu bulan serta elemen bertema dongeng, dengan penerapan teknologi cekap tenaga melibatkan pemasangan lebih 70 unit lampu LED.
‘I LITE U’ merupakan akronim kepada Infrastruktur, Lampu, Inovasi dan Teknologi mampan ke arah Urbanisasi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pelancongan
#perpaduan
#I Lite U
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan