MALAYSIA
Pelancongan domestik catat rekod 216 juta pelawat, perbelanjaan RM88.4 bilion hingga September
Momentum positif ini disokong lagi oleh peningkatan 11.4 peratus dalam ketibaan lapangan terbang domestik, menunjukkan pergerakan berterusan dan permintaan perjalanan dalam kalangan penduduk Malaysia. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pelancongan domestik Malaysia mencatatkan prestasi cemerlang dengan sejumlah 216 juta pelawat dan perbelanjaan mencecah RM88.4 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun ini, masing-masing meningkat 11.8 peratus dan 13.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata trend positif itu selari dengan prestasi industri berkaitan pelancongan pada suku ketiga 2025, dengan jualan runcit bahan api automotif meningkat 6.3 peratus tahun ke tahun, menandakan aktiviti perjalanan domestik yang berterusan.
"Momentum positif ini disokong lagi oleh peningkatan 11.4 peratus dalam ketibaan lapangan terbang domestik, menunjukkan pergerakan berterusan dan permintaan perjalanan dalam kalangan penduduk Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam subsektor penginapan, beliau berkata hasil meningkat 14.3 peratus tahun ke tahun dengan kadar penghunian hotel lima bintang pada 68.8 peratus, hotel tiga bintang (69.9 peratus) dan hotel empat bintang (62.8 peratus).
Dari segi lokasi, katanya kadar penghunian hotel di kawasan bandar meningkat sebanyak 1.2 mata peratus kepada 64.0 peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
Mohd Uzir berkata pelancongan domestik kekal sebagai antara tonggak utama ekonomi negara dan pertumbuhan sektor ini dijangka berterusan, sekali gus mengukuhkan kepentingannya terhadap kesihatan ekonomi keseluruhan negara.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Malaysia buat julung kalinya menduduki tangga pertama dunia dalam laporan dwitahunan "Open Data Inventory (ODIN) 2024/25" yang dikeluarkan oleh Open Data Watch (ODW), mengatasi 198 negara lain.
Beliau berkata "OpenDOSM NextGen" menyediakan katalog data dan visualisasi bagi memudahkan pengguna menganalisis pelbagai data dan boleh diakses melalui portal open.dosm.gov.my.
-- BERNAMA