Ketibaan pelancong di Malaysia mencatat jumlah 13.35 juta antara Januari dan Jun tahun ini, peningkatan 4.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata hasil pelancongan pula dicatat pada jumlah RM41.69 bilion, peningkatan sebanyak 6.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
"Pelancongan kebudyaan di Malaysia turut berkembang baik dan menjana pendapatan purata RM551 juta bagi tiga tahun lepas," katanya semasa merasmikan Daiichi Modern Art Gallery 20th Anniversary International Academic Art Exhibition di sini pada Sabtu.
Muhammad Bakhtiar berkata kementeriannya, MOTAC, akan terus menyokong aktiviti kesenian dan kebudayaan sebagai sebahagian daripada kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
"Bersempena dengan 'Visit Malaysia 2020', saya mengalu-alukan usaha Daiichi Modern Art Gallery untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa, khususnya pencinta dan pengumpul bahan seni yang menikmati karya seniman tempatan Malaysia," katanya.
Mengenai pameran itu yang berlangsung mulai Sabtu hingga 30 Nov, beliau berkata 45 karyawan dari 16 negara menyertainya termasuk China, Finland, India, Indonesia, Jepun, Korea, Lebanon, Singapura, Sweden, Taiwan dan Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 02 2019
MOTAC akan terus menyokong aktiviti kesenian dan kebudayaan sebagai sebahagian daripada kempen Melawat Malaysia 2020 (VM2020). - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Bajet 2023: Baucer sehingga RM100, jika bercuti dalam Malaysia
Hotel di Malaysia wajar memainkan peranan untuk memaparkan kraf tangan hasil pengusaha tempatan kepada pelancong.
MOTAC sokong pencalonan Masjid Kampung Laut dalam senarai UNESCO
Kementerian juga menyambut baik hasrat untuk mencalonkan Laman Warisan Serunding Kampung Laut sebagai Tapak Warisan Kebangsaan.
Kerajaan pertimbang buka sempadan bagi pelancong Korea Selatan, Jepun, New Zealand - Nancy
Kerajaan mempertimbangkan untuk membuka sempadan negara bagi membantu merancakkan sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Badan letih dan tak bermaya? 1 Julai ini pusat urut dan spa kembali dibuka
Turut dibenarkan beroperasi semula di bawah sub-sektor pelancongan itu ialah Meetings, Incentives, Conventions & Exhibitions (MICE), dan pameran perdagangan dan pelancongan.
Pelancongan jana RM41.69 bilion dari Januari ke Jun 2019
Hasil pelancongan pula dicatat pada jumlah RM41.69 bilion, peningkatan sebanyak 6.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pengendali pelancongan sukan air perlu utamakan soal keselamatan - MOTAC
Susulan beberapa kejadian aktiviti di air yang meragut nyawa, maka perlu ketegasan dalam soal keselamatan dibuat pemain industri itu.
30 juta pelancong disasar pada Tahun Melawat Malaysia 2020
Kementerian Pelancongan telah merancang pelbagai strategi utama bagi menjayakannya, dengan peruntukan awal RM50 juta disediakan.
Kerajaan pertingkat usaha cegah penipuan pakej umrah
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bakal mempertingkatkan usaha mencegah penipuan pakej umrah yang telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit.