MALAYSIA
Pelancongan perlu jadi penggerak kemampanan - UN Tourism
WTC menampilkan kekayaan warisan budaya, keindahan alam semula jadi serta komitmen Malaysia terhadap pelancongan mampan. - Gambar/ Bernama
MELAKA: Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) ke-7 yang diadakan bersempena dengan Hari Pelancongan Sedunia 2025 di sini menandakan detik penting dalam memajukan sektor pelancongan sebagai pemangkin kepada perubahan positif, ketahanan serta pembangunan mampan di peringkat global.
Ringkasan AI
Organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Tourism) memaklumkan dengan mengangkat tema Tourism and Sustainable Transformation, persidangan antarabangsa itu menekankan kepentingan sektor berkenaan apabila pemimpin, pembuat dasar, pakar industri dan komuniti tempatan berganding bahu membentuk masa depan lebih mampan.
Dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama UN Tourism, acara berprestij itu menampilkan kekayaan warisan budaya, keindahan alam semula jadi serta komitmen Malaysia terhadap pelancongan mampan.
Dalam perutusan rasminya, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyifatkan pelancongan sebagai "pemacu utama transformasi" yang mampu menyediakan peluang pekerjaan, merancakkan ekonomi dan menghubungkan budaya.
"Namun, ia mesti besifat mampan bagi melindungi destinasi dan komuniti yang diraikan. Marilah kita memanfaatkan pelancongan sebagai daya penggerak ketahanan, kemampanan dan kemajuan bersama," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, sambutan Hari Pelancongan Sedunia di Melaka menampilkan pelbagai aktiviti termasuk sesi perbincangan panel peringkat tinggi dan persembahan budaya yang menumpukan kepada amalan mampan serta strategi memperkukuh ketahanan industri.
Antara bidang utama diberi penekanan ialah pelaburan dalam pendidikan dan kemahiran, mempercepatkan inovasi serta transformasi digital, menyokong ekonomi tempatan dan memperkukuh pertukaran budaya.
"WTC turut menyediakan platform bersepadu kepada pemegang taruh untuk membincangkan strategi pembangunan pelancongan mampan dengan memberi tumpuan kepada aspek ketahanan, keterangkuman dan pemeliharaan alam sekitar.
"Sesi utama membincangkan transformasi digital dalam pelancongan, model pelancongan berasaskan komuniti serta penyelesaian perjalanan neutral iklim, selaras dengan tema Tourism and Sustainable Transformation," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Persidangan WTC ke-7 bertemakan Tourism and Sustainable Transformation menekankan peranan pelancongan sebagai pemangkin kepada perubahan positif, ketahanan dan pembangunan mampan, dengan penglibatan pemimpin, pembuat dasar, pakar industri dan komuniti tempatan.
- Dianjurkan oleh MOTAC bersama UN Tourism, acara ini menampilkan warisan budaya dan komitmen Malaysia terhadap pelancongan mampan, serta mengadakan sesi perbincangan panel dan persembahan budaya yang menumpukan kepada amalan lestari dan strategi memperkukuh industri.
- Bidang utama yang diberi penekanan termasuk pelaburan dalam pendidikan dan kemahiran, inovasi digital, sokongan kepada ekonomi tempatan dan pertukaran budaya, dengan sesi khas membincangkan pelancongan berasaskan komuniti dan penyelesaian perjalanan neutral iklim.