awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelanggan dobi terkejut jumpa ular sawa dalam mesin basuh

Bernama
Bernama
02/10/2022
13:30 MYT
Pelanggan dobi terkejut jumpa ular sawa dalam mesin basuh
Ular sawa berukuran 1.8 meter dan seberat 20 kilogram ditemui dalam salah satu mesin basuh di kedai dobi berkenaan. - Gambar/ JBPM
JOHOR BAHRU: Seorang pelanggan yang berhasrat untuk membasuh pakaian di pusat dobi layan diri di Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, di sini, semalam, terkejut apabila menemukan seekor ular sawa di dalam mesin basuh.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Suhaimi Mohd Jamal, berkata seramai tiga anggota dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan daripada pemilik dobi itu pada jam 9.41 pagi.
"Pelanggan yang menjumpai ular ketika ingin membasuh baju itu terus memaklumkan kepada pemilik kedai dobi tersebut dan pemilik menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.
"Ular sawa tersebut adalah berukuran 1.8 meter (6 kaki)ki dan seberat 20 kilogram, berada di dalam salah satu mesin basuh dobi itu," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata ular itu, yang tidak bertindak agresif, ditangkap dalam masa lima minit dengan menggunakan penjerut dan telah dilepaskan di kawasan yang jauh dari penempatan orang awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ular sawa
#masin basuh
#Johor
#ular sawa dalam mesin basuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan