SHAH ALAM:Satu lagi kes positif COVID-19 dikesan, kali ini melibatkan pelanggan di pusat kecergasan Fitness First, Setia City Mall, Shah Alam.

Pengurusan Setia City Mall dalam laman Facebooknya hari ini, memaklumkan semua kakitangan Fitness First yang bertugas diarahkan menjalani saringan COVID-19 dan kuarantin kendiri selama 14 hari.

"Kerja-kerja disinfeksi telah dijalankan pada malam Rabu di premis berkenaan dan pusat beli belah ini seperti mana ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM)," kata kenyataan itu.

Fitness First dalam pada itu telah mengantikan kakitangan baharu bagi memastikan perkhidmatan dapat diteruskan.

 
Sumber Facebook setiacitymall