SEREMBAN: Seorang wanita warga emas yang sedang makan di sebuah kedai maut, manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh kedai berkenaan di Taman Meranti, Bahau dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian pada 8.50 pagi itu, mangsa Tan Joo Lan, 75, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher.
Beliau berkata seorang lagi wanita berusia 35 tahun mengalami kecederaan ringan dan sedang dirawat di Hospital Jempol.
"Kejadian dipercayai berlaku semasa kereta yang dipandu lelaki berumur 78 tahun dari arah Taman Satelite menghala ke Taman Meranti, mahu meletakkan keretanya di hadapan kedai makan terbabit.
"Namun, dia secara tiba-tiba tertekan pedal minyak kenderaan menyebabkan keretanya bergerak ke hadapan sebelum merempuh dua wanita yang sedang makan di kedai itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hoo berkata pemandu kereta berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.
Terdahulu, video mengenai kejadian berkenaan turut tular melalui laman sosial hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023
Seorang wanita warga emas yang sedang makan di sebuah kedai maut, manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh kedai berkenaan di Taman Meranti, Bahau pagi tadi. - Foto Sinar Harian
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
KFC tutup sementara sejumlah cawangan, pindah pekerja tempat lain
QSR Brands bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah cawangan KFC Malaysia yang telah ditutup buat sementara waktu dan bilangan pekerja yang terjejas.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Pelanggan maut kereta rempuh kedai makan
Seorang wanita warga emas yang sedang makan di sebuah kedai maut, manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh kedai berkenaan di Taman Meranti, Bahau pagi tadi.
Kereta rempuh kedai makan, tukang masak maut
Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) merempuh kedai makan menyebabkan seorang tukang masak maut.