Sekumpulan pelanggan di pasar ikan di Pelantar Pendaratan Ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah di sini mengamuk, kerana mendakwa peniaga ikan di situ ‘menipu’ mereka.
Semuanya gara-gara harga ikan kembung yang dijual di pasar itu adalah lebih tinggi daripada apa yang telah ditularkan di laman Facebook.
Keadaan itu menyebabkan hampir 20 peniaga ikan di kawasan itu berada dalam dilema dan tertekan.
Apa yang disebarkan sebelum ini adalah ikan itu dijual dengan harga RM2 sekilogram menyebabkan ada pelanggan yang mendakwa datang jauh, sejauh Perlis untuk membeli ikan itu.
“Apa ni? Mereka kata harga ikan RM2, RM3, dan mereka marah kami. Kami kata kami tidak tahu siapa yang meletakkan harga sebegini,” kata Melati Ladon, salah seorang peniaga ikan di situ.
Seorang lagi peniaga ikan, Khadijah Md Shah berkata ikan itu tidak boleh dijual dengan murah.
“Hendak murah hari-hari tak bolehlah. Ada pasang dia ada surut dia. Kami tidak larat hendak jawab, kita faham mereka hendak harga tiga kilogram RM10.
“Ikut pada bekalanlah, kalau banyak murah. Kalau tidak ada macam biasa ah,” katanya.
Peniaga memberitahu, hanya ikan yang tidak habis dijual semalam atau dua hari lalu dijual pada harga murah iaitu RM10 bagi tiga kilogram.
Seorang lagi peniaga, Sahilan Mustafa berkata kalau hendak ikan yang murah, pelanggan tidak boleh mendapatkan ikan segar.
“Kalau yang murah dapatlah yang tidak segar, kalau yang segar harga RM6, RM5,” katanya.
Tinjauan mendapati, ikan kembung antara yang menjadi pilihan pelanggan kerana dijual pada harga RM5 ke RM6 sekilogram bagi saiz sederhana manakala ikan selar RM5 bagi setiap kilogram.
Harga udang sederhana dijual pada RM30 sekilogram, sotong gred A RM28 sekilogram, sotong saiz sederhana RM25 sekilogram manakala ketam RM25 sekilogram.
Namun, peniaga mendakwa, harga sentiasa berubah bergantung kepada bekalan yang diperolehi nelayan.
Astro Awani
Thu Jul 20 2017

Apa yang disebarkan sebelum ini adalah ikan itu dijual dengan harga RM2 sekilogram menyebabkan ada pelanggan yang mendakwa datang jauh, sejauh Perlis untuk membeli ikan itu. - Foto Astro AWANI
Vietnam tegaskan hubungan kukuh dengan WHO
Vietnam menegaskan komitmennya untuk terus menjalin hubungan erat dan berkesan dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sempena sesi peringkat tinggi Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA).
Kemboja tegas dasar luar bebas dan tidak bersekutu
Sepanjang dekad lalu, landskap antarabangsa menjadi semakin tegang dan tidak menentu.
Galas peranan tonggak diplomasi global, pemudah cara
ASEAN perlu menjadi pemudah cara yang neutral dan inklusif.

SPRM panggil semula individu terbabit video skandal rasuah ADUN Sabah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil semula semua individu yang didakwa terbabit dalam dakwaan skandal rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah.
RAV4 tampil dengan teknologi canggih dan ejen suara
Toyota secara rasmi melancarkan model terbaharunya, RAV4, pada rabu yang menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha transformasi digital syarikat automotif itu.
Permintaan global lonjak prestasi sektor penerbangan China
China mencatatkan pertumbuhan dua angka dalam jumlah perolehan pengangkutan udara bagi bulan April, dipacu oleh lonjakan permintaan antarabangsa dan aktiviti perdagangan yang rancak.
Pos Malaysia rugi RM41.5 juta pada suku pertama 2025
Pos Malaysia berhad terus mencatatkan kerugian apabila syarikat itu merekodkan kerugian bersih sebanyak 41.5 juta ringgit bagi suku pertama tahun kewangan 2025.
AirAsia raih kontrak ATM bernilai RM99.5 juta, sewa khas hingga 2027
AirAsia kini mengorak langkah dalam sektor pertahanan negara apabila dianugerahkan kontrak bernilai RM99.5 juta bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan khas kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
![[Siri 2] Gaji cukup makan: Perlu reformasi berani, elak siswazah terus 'ditekan' - Kajian [Siri 2] Gaji cukup makan: Perlu reformasi berani, elak siswazah terus 'ditekan' - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679628720_graduanUniversitiM.jpg)
[Siri 2] Gaji cukup makan: Perlu reformasi berani, elak siswazah terus 'ditekan' - Kajian
Krisis struktur berkait model pekerjaan siswazah Malaysia yang semakin memburuk memerlukan langkah reformasi yang berani.
Sidang Kemuncak ASEAN dijangka bawa pelaburan RM300 bilion
Sidang kemuncak Asean ke-46 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dijangka menjadi pemangkin pelaburan asing ke malaysia, dengan nilai limpahan mencecah lebih RM 300 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

60 peratus ikan baja, besarkan mata pukat tunda - Pakar
Jabatan Perikanan disaran menggubal undang-undang berkaitan mata pukat tunda yang menjadi punca pengurangan hasil laut negara ini.

Pelanggan naik angin, ikan kembung RM2 sekilo yang diviralkan rupanya palsu
Pelanggan kedai ikan di Pelantar Pendaratan Ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah mengamuk, kerana menuduh peniaga ikan tersebut 'menipu' mereka.