Pelanggan TIME alami gangguan internet?

Astro Awani
April 15, 2024 10:11 MYT
Rangkaian perkhidmatan syarikat telekomunikasi Time dotCom Bhd (TIME) dilapor mengalami gangguan pada petang ini - Foto/Laman web TIME
KUALA LUMPUR: Rangkaian perkhidmatan syarikat telekomunikasi Time dotCom Bhd (TIME) dilapor mengalami gangguan pada petang ini.
Segelintir pengguna di Lembah Klang, yang melanggan perkhidmatan tersebut memaklumkan berdepan gangguan sejak 30 minit lalu.
Semakan Astro AWANI di laman web syarikat tersebut mendapati ia tertera makluman "Mantainance mode: on. We'll be back up shortly."
Sementara itu, aplikasi Time turut berdepan kesukaran untuk menyemak status internet para pelanggan.
Setakat ini, pihak TIME belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung gangguan tersebut.
#Time gangguan internet #Gangguan internet #Perkhidmatan Time #Internet TIME