awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelanggaran sempadan maritim: Sabah serah kepada Persekutuan untuk tindakan

Bernama
Bernama
15/11/2024
13:46 MYT
Pelanggaran sempadan maritim: Sabah serah kepada Persekutuan untuk tindakan
Hajiji hadir di DUN Sabah hari ini sempena pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2025. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyerahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Wisma Putra dalam usaha mendepani serta mengambil tindakan lanjut mengenai isu dua akta maritim baharu Filipina yang melanggar sempadan maritim negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri telah dimaklumkan bahawa Malaysia telah menghantar nota bantahan kepada Filipina berkenaan perkara tersebut.
"Memang kita akan berpandukan sempadan negara kita, tetapi kalau saya tengok peta itu ada masuk sikit sempadan kita.
"Kita harap dapat diselesaikan secara baik kerana Filipina negara jiran, kita tangani secara baik dan berhemah sebagai satu keluarga ASEAN," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dilaporkan berkata Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah.
Beliau berkata Akta Zon Maritim Filipina (Philippine Maritime Zones Act) dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina (Philippine Archipelagic Sea Lanes Act) yang ditandatangani Presiden Ferdinand Marcos Jr pada 8 Nov lepas disahkan melangkaui Peta Baharu Malaysia 1979 yang dibuat berdasarkan undang-undang antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#kerajaan Persekutuan
#ASEAN
#nota bantahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan