JOHOR BAHRU: Pelantikan seramai 28 panel pakar (POE) akan memberikan nilai tambah kepada ikhtiar dan inisiatif yang akan dilakukan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata hal ini kerana KPKT memerlukan pandangan serta pengalaman mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Justeru, beliau berkata pelantikan POE tidak seharusnya menimbulkan isu kerana ia bukanlah suatu perkara yang luar biasa.
"...kalau sebelum ini POE hanya tertumpu kepada masalah perumahan, tetapi kali ini memang tertumpu kepada tujuh dasar keutamaan KPKT ketika ini," katanya pada pemberita selepas merasmikan Program SWM Kasih Back To School, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelantikan 28 POE, baru-baru ini.
Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata POE juga memberikan komitmen mereka tanpa bayaran.
"Sebenarnya dari segi komitmen pun tiada bayaran, dia (POE) hanyalah untuk kita dengar pandangan dan juga pengalaman mereka lalui, sebab ada antara mereka adalah bekas korporat, bekas pegawai kerajaan, bomba dan juga pengurusan bandar pintar," katanya.
Menteri KPKT Nga Kor Ming baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata 28 POE yang dilantik adalah bagi membantu KPKT dalam memantapkan penyampaian berkualiti kepada rakyat.
Menurut Nga, input serta cadangan yang dikemuka oleh panel pakar itu akan diketengah dan diteliti kementerian sebelum dibawa ke pertimbangan pihak berkepentingan bagi memastikan setiap isu berkaitan dapat diselesaikan secara strategik dan teratur.
Antara pakar yang terlibat adalah daripada institusi seperti Khazanah Research Institute, House Buyers Association (HBA), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Bar Council, Persatuan Arkitek Malaysia, Bursa Malaysia Berhad, Association of Bank Malaysia, ahli akademik universiti dan lain-lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023
Akmal Nasrullah berkata KPKT memerlukan pandangan serta pengalaman panel pakar ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. - Fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelantikan 28 panel pakar beri nilai tambah pada inisiatif dan ikhtiar KPKT
Pelantikan seramai 28 panel pakar (POE) akan memberikan nilai tambah kepada ikhtiar dan inisiatif yang akan dilakukan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
KPKT tubuh 'panel pakar' kaji semula harga siling rumah mampu milik
Kerajaan akan menubuhkan 'panel of expert' atau panel pakar bagi mengkaji semula harga siling rumah mampu milik sedia ada.