IPOH: "Rumah siap, pahat berbunyi."
Itu bidalan paling sesuai bagi menggambarkan kontroversi pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Namun begitu, meskipun menerima kritikan yang kurang enak daripada beberapa pihak mengenai pelantikan tersebut, Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak mahu cepat melatah.
Menurut Tajuddin, kritikan berbentuk serangan peribadi disifatkan sebagai tidak profesional di samping menggambarkan tindakan itu hanya memenuhi kepentingan politik masing-masing.
"Adakah itu elok atau tidak menyerang peribadi (isu pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia). Adakah profesional atau tidak?
"Kalau nak serang, seranglah atas dasar idea, kelulusan (pun tidak ada), pengalaman, individu itu pencuri atau penyamun. Bolehlah seperti itu, tetapi kalau nak serang saya secara peribadi yang mengatakan saya lantang atau tak layak, apa masalahnya?
"Mungkin serangan peribadi itu timbul sejak kenyataan saya yang mengatakan "dua tren bertembung"... itu yang dibesar-besarkan. Kalau saya serius sahaja, rasanya semua lari. Ada masa kita bergurau sedikit, kena ada 'sense of humor'. Taklah lantang, garang atau bengis, saya dituduh begitu kadang-kadang.
"Keras pun salah, lemah pun salah. Kita keras dan lembut pada masa dan tempatnya, itu pegangan saya. Saya tak boleh lembut sepanjang masa, ada masa saya kena tegas," katanya.
Tajuddin bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitiri di Taj International College (TIC), di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kontroversi serta kritikan beberapa pihak baru-baru ini yang tidak bersetuju dengan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Tajuddin, 74, sebelum ini pernah menyertai delegasi rasmi ketika lawatan kerja Perdana Menteri ke Indonesia bertemu Presiden Joko Widodo pada November lalu.
Jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia kini kosong dengan yang terakhir disandang Datuk Zainal Abidin Bakar.
Sementara itu, Tajuddin turut memperincikan pelantikannya sebagai duta baru-baru ini, selain menjelaskan beliau telah dijemput untuk menerima watikah berkenaan pada 21 Jun depan.
"Saya dijemput untuk menerima watikah daripada Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mungkin ada beberapa orang lagi yang dipanggil, iaitu bakal-bakal duta di negeri lain.
"Alhamdulillah, selepas itu baru saya boleh berangkat ke Jakarta untuk menyampaikan watikah itu kepada Presiden Indonesia. Ini proses terakhir bagi pelantikan tersebut," ujarnya.
Ketika ditanya mengenai misi dan visinya ke negara jiran itu, Tajuddin yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata soalan itu hanya boleh dijawab setelah dia menerima watikah itu secara rasmi bulan depan.
"Sepatutnya bila sudah terima watikah (pelantikan) barulah saya beritahu, baru cantik sebab masih awal lagi kalau nak cakap sekarang.
"Setelah dapat watikah mungkin sebelum berangkat (ke Jakarta) baru saya buat sidang media dan cerita serba sedikit apa harapan dan sebagainya," katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan, timbul beberapa perdebatan berhubung pelantikan Tajuddin dimana ada pihak yang berpendapat Malaysia wajar diwakili oleh individu yang berintegriti dan diplomatik dan berkebolehan dalam mewakili kepentingan negara di Indonesia.
Aida Aziz
Sat May 28 2022
Tajuddin bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitiri di Taj International College (TIC), di Ipoh pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Kerajaan komited perkasa Ekonomi Perak, tangani cabaran peningkatan populasi menua - Amir Hamzah
Kerajaan komited memperkasakan Ekonomi Perak (Silver Economy) dalam menghadapi cabaran populasi lanjut usia yang semakin meningkat.
Selangor peruntuk hampir RM2 bilion tangani banjir - MB
Kerajaan Selangor menerima teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang serta situasi banjir kilat di negeri itu.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyegerakan usaha pelan mitigasi banjir bagi mengelakkan sebarang kelewatan proses.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyegerakan usaha pelan mitigasi banjir bagi mengelakkan sebarang kelewatan proses.
Dakwaan hospital swasta tahan jenazah bayi dua minggu disiasat
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta CKAPS telah memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Pelantikan Duta Besar ke Indonesia: "Kritikan profesional atau serang peribadi?" - Tajuddin
Meskipun menerima kritikan yang kurang enak daripada beberapa pihak mengenai pelantikan, Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak mahu cepat melatah.