MALAYSIA
Pelantikan Ketua Hakim Negara: Majlis Peguam ucap tahniah, tekankan kepentingan integriti kehakiman
Mohamad Ezri berkata banyak kekosongan penting, sama ada yang sedang berlaku atau dijangka, masih belum diisi di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam mengucapkan tahniah kepada Ketua Hakim Negara yang baharu dilantik Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, serta mendoakan beliau berjaya memimpin Badan Kehakiman dengan cemerlang, berani, dan komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap keadilan."
Ringkasan AI
Presidennya Mohamad Ezri Abdul Wahab, mengimbau kejadian pada 2022 apabila Wan Ahmad Farid, yang ketika itu merupakan Hakim Mahkamah Tinggi, menarik diri daripada mendengar kes berprofil tinggi melibatkan pengiktirafan Queen's Counsel dari United Kingdom Jonathan Laidlaw dalam kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata Wan Ahmad Farid ketika itu telah mengeluarkan beberapa kenyataan penting mengenai kepentingan keyakinan awam terhadap badan kehakiman.
Menurut Mohamad Ezri, hakim berkenaan pernah menyatakan: "Persepsi awam terhadap kemerdekaan badan kehakiman tidak seharusnya diragui. Ini bukan soal cubaan dan kesilapan... sebuah badan kehakiman yang bebas adalah anugerah berharga kepada mana-mana masyarakat. Sekali ia hilang, anarki akan berlaku."
"Kenyataan ini menunjukkan kefahaman mendalam terhadap peranan suci badan kehakiman dalam menegakkan kedaulatan undang-undang. Kami berharap, di bawah kepimpinan baharu ini, badan kehakiman akan terus mengekalkan tahap tertinggi kemerdekaan, integriti dan khidmat kepada negara serta mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Majlis Peguam Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Abu Bakar Jais atas pelantikannya sebagai Presiden Mahkamah Rayuan dan Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Sambil menyambut baik pelantikan ini selepas beberapa bulan penuh ketidakpastian, jangkaan dan spekulasi yang tidak perlu, Mohamad Ezri berkata banyak kekosongan penting, sama ada yang sedang berlaku atau dijangka, masih belum diisi di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
"Majlis Peguam Malaysia berharap agar kekosongan yang masih ada akan diisi dengan segera dan secara telus, supaya dapat mengukuhkan keyakinan orang ramai terhadap Badan Kehakiman serta memperkukuh pentadbiran keadilan," katanya.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan pelantikan itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
Wan Ahmad Farid, 62, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17, menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara pada 2 Julai lepas.
Sementara itu, Abu Bakar, 63 tahun, mengisi jawatan Presiden Mahkamah Rayuan yang kosong selepas persaraan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim pada 3 Julai, manakala Azizah, 63 tahun, menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang akan bersara pada 25 Julai.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Majlis Peguam mengucapkan tahniah kepada Datuk Wan Ahmad Farid atas pelantikannya sebagai Ketua Hakim Negara dan berharap beliau memimpin badan kehakiman dengan integriti dan keberanian.
- Wan Ahmad Farid pernah menarik diri daripada kes berprofil tinggi pada 2022 demi menjaga persepsi awam terhadap kebebasan kehakiman, menunjukkan komitmen terhadap prinsip kedaulatan undang-undang.
- Majlis Peguam turut menyambut baik pelantikan Abu Bakar Jais dan Azizah Nawawi, serta menggesa agar kekosongan jawatan kehakiman diisi segera dan secara telus untuk memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman.