MALAYSIA
Pelantikan Ketua Hakim Negara: PM ikut perlembagaan - Fahmi
Fahmi menyatakan kerajaan menghargai pandangan Majlis Peguam dan Bersih, serta menekankan kepentingan institusi kehakiman kekal bebas. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengikuti proses yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dalam prose melantik Ketua Hakim Negara, kata jurucakap kerajaan Datuk Fahmi Fadzil.
Ringkasan AI
Fahmi berkata, Perdana Menteri tidak menambah atau mengubah sebarang nama namun dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 dan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Tambah beliau, nama-nama yang dicadangkan untuk pelantikan adalah nama yang telah dikemukakan oleh Judicial Appointments Committee (JAC)
“Nama-nama yang dibawa adalah nama yang disediakan oleh JAC, dan tidak ada sebarang nama yang tidak diberikan kecuali melalui proses seperti yang telah dinyatakan.
“Dalam Akta JAC dan menuruti proses seperti yang terkandung dalam perkara 122B Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Menteri Komunikasi itu berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas menghadiri pertemuan bersama pimpinan PKR Selangor di IDCC, di sini pada Jumaat.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sebelum ini memperkenankan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu, pada Khamis.
Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Seri Paduka membuat keputusan itu atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Fahmi turut menyatakan Perdana Menteri menghormati pandangan dan kritikan dari pelbagai pihak mengenai isu tersebut seperti yang telah dikemukakan oleh Majlis Peguam dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
“Ia bukan sekadar pelantikan tapi perlu dilihat proses reformasi, proses menambah baik institusi yang paling penting, institusi kehakiman kekal bebas dan tidak dicemari pihak dari luar sama ada pihak legislatif walaupun eksekutif,” katanya.
Beliau turut membidas dakwaan pembangkang bahawa kebebasan institusi kehakiman telah tercemar berikutan kelewan pelantikan jawatan penting tersebut.
Ringkasan AI
- Pelantikan ikut prosedur sah: Fahmi menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikuti sepenuhnya proses pelantikan seperti yang termaktub dalam Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan dan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009.
- Tiada campur tangan atau nama luar: Semua nama calon yang dikemukakan adalah daripada JAC dan tiada sebarang nama ditambah atau diubah oleh Perdana Menteri, menolak dakwaan wujud pengaruh politik dalam pelantikan.
- Komitmen terhadap reformasi kehakiman: Fahmi menyatakan kerajaan menghargai pandangan Majlis Peguam dan Bersih, serta menekankan kepentingan institusi kehakiman kekal bebas daripada pengaruh legislatif dan eksekutif demi menjamin integriti sistem keadilan.