awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan Menteri: Ahmad Zahid belum dihukum - PM Anwar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/12/2022
07:58 MYT
Pelantikan Menteri: Ahmad Zahid belum dihukum - PM Anwar
Anwar berkata, kes mahkamah yang dihadapi Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah masih belum diputuskan. - Pejabat Perdana Menteri
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian adalah menjadi hak mana-mana pihak untuk mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Perdana Menteri berkata, kes mahkamah yang dihadapi Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah masih belum diputuskan.
“Yang pertikaikan itu siapa dan atas alasan apa? Dia (Ahmad Zahid) didakwa dan belum ada hukuman dan proses itu harus kita hormati.
“Dia juga kebetulan merupakan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan dalam keadaan Kerajaan Perpaduan ini, saya kena kira semua faktor itu (parti),” kata Perdana Menteri dalam sidang media di sini pada Isnin.
Anwar berkata demikian menjawab soalan bahawa terdapat pihak yang mempertikaikan pelantikan Ahmad Zahid dalam barisan Kabinet.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata individu yang mempertikaikan mengenai rasuah seharusnya bersih dan tidak terpalit dengan isu berkenaan.
“Dia tidak boleh jerit tentang rasuah tapi dia ambil projek ratus juta, itu tak boleh.
“Sebab itu saya bila dicabar masa kempen, saya kata sama-sama saya sanggup isytihar harta dalam negeri dan luar negeri dan saya nak orang (lain) termasuk ketua Perikatan Nasional (Tan Sri Muhyiddin Yassin) isytihar harta dia di Malaysia, Australia, dan di beberapa negara lain, tetapi tiada jawapan,” tambah Perdana Menteri lagi.
Ahmad Zahid antara 27 menteri yang mengangkat sumpat sebagai menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pada Sabtu lalu.
Ketika ini, Ahmad Zahid dalam peringkat membela diri terhadap dakwaan kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah RM17.9 juta.
September lalu, Timbalan Perdana Menteri itu dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pelantikan menteri
#Ahmad Zahid Hamidi
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan