awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan Mustapa sebagai pengerusi Teraju atas pengalaman beliau - Tun Mahathir

Fareez Azman
Fareez Azman
16/01/2020
05:44 MYT
Pelantikan Mustapa sebagai pengerusi Teraju atas pengalaman beliau - Tun Mahathir
Pengumuman perlantikan Mustapa (gambar) itu dibuat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali pada Rabu. - Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, pelantikan Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) disebabkan oleh pengalaman ahli parlimen itu di dalam kerajaan sebelum ini.
Ujar Tun Mahathir, kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan pemimpin yang mempunyai pengalaman seperti Ahli Parlimen Jeli itu.
“Dia mempunyai pengalaman, di dalam kerajaan kita ada beberapa pemimpin yang berpengalaman. Jadi kita perlukan pemimpin seperti dia,” kata Perdana Menteri dalam sidang media selepas melancarkan Kompleks Balai Islam Tenaga Nasional Berhad (TNB) di ibu negara pada Khamis.
Pengumuman perlantikan Mustapa itu dibuat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali pada Rabu.
Ia berkuatkuasa 1 Disember tahun lalu untuk tempoh dua tahun.
Jelas Mohamed Azmin, perlantikan itu berhubung pengalaman dan kepakaran Mustapa yang diyakini mampu membawa agenda ekonomi Bumiputera dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Bumiputera
#Mahathir Mohamad
#Mustapa Mohamed
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#Teraju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan