KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan berkenaan punca kuasa dimiliki Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri.
Namun, apa yang tidak dinyatakan adalah berkenaan proses, amalan atau konvensyen yang boleh dilaksanakan Seri Paduka Baginda dalam menentukan individu yang akan mentadbir kerajaan.
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM yang juga pakar perlembagaan, Profesor Datuk Shamrahayu Ab Aziz berkata terdapat tiga perkara penting yang perlu difahami.
“Pertama, pelantikan Perdana Menteri ini termaktub di bawah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong.
“Kedua, hemat atau keputusan Yang di-Pertuan Agong itu adalah tertakluk kepada amalan dan tiada perundangan yang khusus.
“Ketiga, seseorang yang dilantik itu tidak perlulah membuktikan dia sendiri mempunyai kepercayaan majoriti dan ia bergantung kepada hemat baginda,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa bakal Perdana Menteri?
BACA: Apa yang anda perlu tahu tentang senario Parlimen Tergantung
Mengulas lanjut, beliau berkata, apabila seseorang Ahli Dewan Rakyat itu telah diperkenan menjadi Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, maka ia kini terserah kepada sistem demokrasi.
“Sama ada mereka (Ahli Dewan Rakyat) ingin adakan amalan sama di Parlimen, seperti mengadakan satu proses untuk menunjukkan individu yang dilantik itu mempunyai kepercayaan majoriti, atau sebagainya, adalah tertakluk kepada aplikasi demokrasi dalam Parlimen itu sendiri,” katanya
Bagaimanapun, katanya, segala amalan itu tidak dinyatakan dalam perundangan dan ia bukan sesuatu yang mengikat.
Ikuti penjelasan beliau berhubung proses pelantikan Perdana Menteri:
Harits Asyraf Hasnan
Tue Aug 17 2021
Apa yang tidak dinyatakan adalah berkenaan proses, amalan atau konvensyen yang boleh dilaksanakan Seri Paduka Baginda dalam menentukan individu yang akan mentadbir kerajaan. - Gambar hiasan/Astro AWANI/SHAHIR OMAR
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
Nahas helikopter Lumut: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
KKR beri jaminan projek kolam selam tempur siap Jun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Kes Najib cabar kewujudan Titah Adendum, dijalankan secara dalam kamar
Muhammad Shafee memaklumkan kepada mahkamah, supaya prosiding kes Najib itu dijalankan secara dalam kamar memandangkan terdapat isu sensitif.
Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil
Yang di-Pertuan Agong bertitah toleransi dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.
Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Besar, di sini hari ini.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri.
Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara.